Hang Tuah Bukan Mitos

Hang Tuah Bukan Mitos

Hang Tuah

Penyelidik sejarah menyangkal dakwaan mengatakan kewujudan Hang Tuah hanya sebagai mitos kerana pahlawan Melaka itu ada disebut di dalam 52 naskhah buku Melayu lama.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hasim berkata, walaupun dokumen itu hanya kajian secara lisan tetapi ia merupakan sumber yang boleh diterima.

“Hang Tuah bukan satu mitos sedangkan kubur serta banyak lagi penulisan sejarah menceritakan tentang ketokohannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Sejarahnya bukan disebut dalam buku sejarah di negara ini sahaja malah Hang Tuah juga wujud di beberapa tempat seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan China,” katanya pada forum Hang Tuah Wira Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan Melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.