Kaki Wayang: John Carter

Kaki Wayang: John Carter

John Carter

Pertama kali dalam sejarah blogging hari ini aku memang terlewat updated blog aku. Sebab semalam aku merayau seharian bersama keluarga dan sempat tengok filem terkini "John Carter"

Filem yang aku boleh ratingkan 6/10. Dari segi aksi memang best cuma klise filem sebegini sering dilihat dan ditonton. Dari segi garapan filem lak aku rasa permulaan agak slow hingga lah beliau ke Marikh.
Dari segi aksi..kekuatan hero iaitu Jon Carter kurang menonjol sangat. Mana taknya asik kena tangkap ajer...hehehhehe.

Kisahnya begini ia berkisar dalam tahun 1881 dimana hero kita Kapten John Carter ini melarikan diri dari angkatan tentera dan usaha mencari emas.

Pendekkkan cerita belaiu telah terjumpa emas di suatu gua dan terserempak dengan makhluk Thern iaitu dewa dari planet Marikh ( Barsoom). Beliau tercampak kat sana dan berkenalan dengan makhluk Tharks. Pada masa yang sama di planet itu berlaku peperangan antara 2 kuasa besar iaitu Zodanga dan Helium. Orang baik ialah Helium dan orang jahat Zodanga.

Puteri Helium hendak dinikahkan dengan raja Zodanga yang jahat itu. Raja Zodanga itu kuat kerana Therns yang masyarakat Marikh anggap sebagai tuhan kasi power kat raja Zodanga ni.

Macam biasa hero kita terserempak dengan Puteri Helium ini dan jatuh cinta. Mereka besama-sama menentang Raja Zodanga dan Therns ni. Akhirnya mereka menang dan berkahwin.

Dan malangnya Therns tadi telah menghantar John Carter pulang semula ke bumi ( Jasoom). 10 tahun beliau cari jalan untuk pulang ke Marikh.
Dan endingnya bahagia...

Betul takaku cakap klise cerita ini pernah acapkali kita tengok..Tapi untuk tontonan santai , cerita ini memang best.

Catat Ulasan

3 Ulasan

FaiZaH Fyn berkata…
ending dia tak faham sangat sebab tetiba muncul watak Ned
Azlan Strider berkata…
hehehe..aku tak tengok lagi sebab citer2 zaman macam nie memang aku tak berapa gemar nak tengok..hehehe..tapi kalau member ajak pegi jugak laa tengok..

Regards,
-Strider-
Tanpa Nama berkata…
kire orang dr marikh la ni?