Hari ini nak buat entri motivasi lepas borak-borak ngan kawan tadi..kebaikan masuk universiti,
Tadi ada berborak dengan seorang rakan tentang tujuan kita masuk ke Universiti. Rata-rata akan mengatakan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Itu sudah tentu kerana apabila kita memiliki segulung Ijazah/Diploma sudah semestinya kita akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan taraf kita. Cuma yag membezakan kita dengan rakan kita ialah tahap gaji yang berbeza. Mungkin gaji dia lebih sikit ngan kita. Itu normal ler.
Dan ada juga yang berniaga sendiri atau meneruskan legasi keluarga mereka. Dan paling sadis ialah berbulan-bulan dan jika nasib baik bertahun-tahun masih lagi mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kita...hehehehe.
Kalau macam tu tak payah ler masuk Universiti..Betul tak?
Salah..rakan aku berkata. Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan memasuki Universiti hanya untuk memperolehi pekerjaan. Tetapi juga untuk mengejar ilmu dan teknik mencari ilmu. Universiti sebenarnya secara umum lebih senang dari tingkatan enam. Aku serius. Masa aku tingkatan enam dulu , itulah zaman aku belajar dengan teruk. Siang malam aku belajar kerana susahnya Tingkatan enam ini seperti Sejarah ada 3 paper. Kalau salah satu failed maka kau failed paper tersebut. Universiti pula hanya berdasarkan pembelajaran semester sahaja. Habis semester itu, kau dah boleh campak buku tu..
Tetapi kelebihan Universiti ia mengajar kau erti pembentangan paper, menerangkan bagaimana membuat kajian dan mengajar kau erti pemahaman. Itu membezakan kau dengan orang lain dalam bidang pekerjaan nanti. You akan lebih pick up ....Malahan kamu mempunyai kelebihan dalam bidang IT juga.
Selain itu potensi masa akan datang!! Jika anda lepasan Universiti selepas 10 tahun kau mesti ada rakan-rakan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang jadi CEO, ada yang pensyarah, ada yang jadi usahawan berjaya. Ini semua kau boleh gunakan sebagai batu loncatan untuk kegunaan kau atau anak-anak kau pada masa akan datang nanti.
Inilah kelebihan yang kau boleh gunakan. Contoh macam anak buah aku lepas SPM , so untuk mendapatkan rujukan nasib baik aku ada kawan yang jadi Pendaftar kau UTEM dan guru-guru. Berkongsi maklumat sambil bersantai...tak malu-malu sebab member masa kat Universitas dahulu.
Selain itu kalau kau meniaga , kawan-kawan seuniversiti kau boleh rekemenkan kan kau..
Itu lah pentingnya pendidikan.
Sekarang mungkin anda semua tak nampak, ada yang sekarang ni tengah belajar lagi di sekolah atau di Institusi Pengajian Tinggi. Zaman anda adalah zaman belajar dan penuhi aktiviti dengan jiwa remaja. Tapi anda akan lihat suatu hari nanti rakan-rakan nakal suatu ketika dulu di Universiti berjaya dan pada masa itulah kita akan saling tolong menolong.
Bayangkan kalau anda malas belajar, bagaimana anda mahu mencipta potensi anda pada masa akan datang dan sudah pasti rakan-rakan sekelliling anda juga tidak mempunyai potensi. Manakala dalam bidang pekerjaan anda harus bermula dari bawah dan mengambil masa untuk mendaki dari satu tangga ke satu tangga. Bagaimana pula dalam membiasakan diri dalam berdiskusi mengenai hal-hal isu semasa jika anda kurang mempunyai ilmu.
Bukannya aku memperlekehkan kalau anda tak masuk universiti anda tak boleh berjaya tapi anda perlu bekerja keras tetapi yang pasti anda akan ketinggalan satu sahaja iaitu mendapatkan potensi rakan-rakan yang berjaya. Ilmu dan usaha boleh diasah tapi linkage kita agak kurang sikit.
So aku nasihatkan rakan-rakan blogger yang masih sekolah ni belajar bersungguh-sungguh bukan untuk ibubapa kamu tapi untuk kamu pada masa akan datang. Bukannya mengejar kelayakan pekerjaan sahaja tapi mengejar potensi dan ilmu juga. Tak susah belajar kat Universiti ni tapi lainlah kalau kau ambil bidang profesional macam Doktor ker..hehehehe. Tapi kalau nak doktor pun kau mesti dah pandai pun kan masa sekolah dan scorer SPM dulu ..paling-paling pun 9A.
Hidup di Universiti memang cukup happy cuma satu ajer membantutkan iaitu DUIT...kekekekke.
4 Ulasan
Nuna baru habis diploma hari ni..huhu
:)