Menantu Hantu -Lacurkan 3 Anak Perempuan

Menantu Hantu -Lacurkan 3 Anak Perempuan

menantu hantu
Macam mana menantu di ani boleh larikan semua anak perempuannya ke Tahailand dan lacurkan. Mesti ada something happen tapi amat sedih lihat perkara sebegini..
Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur.

Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga.


Warga emas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, berkata, sumber polis dan bomoh yang ditemuinya berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini dipercayai berada di negara jiran.

Rohaya berkata, menantu mualaf berusia 40-an yang berniaga di pasar malam itu mengahwini anak perempuan sulungnya pada 2005 dan tembelangnya terbongkar pada September 2009 apabila mengambil kesempatan membawa lari adik iparnya berusia 31 tahun yang sudah bersuami bersama lima anaknya yang berusia di antara dua bulan dan tujuh tahun.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, katanya, pada 2010 sekali lagi dia sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan anak kedua berusia 34 tahun bersama tiga anak perempuannya yang dibawa lari menantunya itu dari rumah suaminya di Batu Kurau, Perak.

Catat Ulasan

4 Ulasan

syafiqa berkata…
makin bahaya.
sebalik perkhawinan ada muslihat lain.hiss
Azlan Strider berkata…
isk..isk..kejamnya laki dia..kalau nak kawin sekarang kena siasat betul2 latar belakang lelaki nih..

Regards,
-Strider-
AZMI KHAN berkata…
mcm2 la dunia skrg.....
akhir zaman....
Unknown berkata…
bahaya.. ank pun dh berapa kali hilang. dahsyat sngt. lain kali kena be careful lah. takut benda cam ni terjadi. adoi2.. kecian jga tgk mak cik nih. hrmmm..