Parlimen Cadang Peraturan Haram Ahli Dewan Wanita Berpakaian Seksi

Parlimen Cadang Peraturan Haram Ahli Dewan Wanita Berpakaian Seksi

seksi
Perkara yang baik pun dibantah. Susah nak cakap.Seksi bukan setakat mengundang rogol tapi sebenarnya ia merendahkan tahap wanita tersebut yang sanggup menjaja tubuhnya tanpa malu. Maksudnya bila malu hilang maka adab dan nilai-nilai murni kurang. Simple...
Apatah bila kita berbicara tentang aurat dalam ISLAM..
Dan contoh yang baik datang dari pemimpin yang baik!!

Kumpulan Wanita berang selepas parlimen Indonesia berkata ia akan membuat draf untuk menghalang ahli parlimen daripada memakai pakaian yang “provokatif” seperti skirt pendek ke pejabat, dengan alasan pakaian sedemikian mengundang rogol.
Speaker Dewan Rakyat Marzuki Alie berkata, “Kami tahu terdapat banyak kes rogol dan perbuatan tidak senonoh yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan ini disebabkan wanita tidak memakai pakaian yang sesuai.”
Katanya, “Wanita yang berpakaian seksi menaikkan nafsu lelaki, jadi ia mesti dihentikan. Anda tahu bagaimana sifat lelaki. Dengan memakai pakaian yang provokatif, ia akan menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”

Timbalan Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Isi Rumah, yang mengetuai peraturan baru itu, Refrizal berkata, “Skirt pendek dan pakaian menjolok mata seolah-olah menggoda ahli dewan lelaki.”


Media tempatan melaporkan tindakan itu dikatakan disokong oleh dua orang ahli dewan wanita bekas model.
Kumpulan Hak Asasi Wanita Indonesia berkata mereka marah dengan komen itu dan meminta supaya berhenti menyalahkan mangsa rogol.

Pengasas Kumpulan Tindakan Wanita Menentang Rogol, Chicka Noya berkata, “Ia sungguh tidak masuk akal apatah lagi ia keluar dari mulut mereka yang terkenal dan berpengaruh.”
“Kami ingatkan mereka agar membuat undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan bukan mengkritik cara mereka berpakaian,” katanya.

Komen itu dibuat enam bulan selepas Gabenor Jakarta, Fauzi “Foke” Bowo, membuat komen yang serupa dengan berkata kejadian rogol yang semakin berleluasa yang berlaku di dalam bas mini awam adalah disebabkan wanita memakai skirt pendek.
Dia menggesa wanita Indonesia supaya tidak memakai skirt pendek ketika menaiki pengangkutan awam.

Komen itu menyebabkan sekumpulan wanita membuat bantahan dengan slogan “My miniskirt, my right. Foke you”, (Skirt pendek saya, hak saya), di mana Foke itu adalah nama gelaran untuk Fauzi. - Jakarta Post

Catat Ulasan

5 Ulasan

Teacher Basariah berkata…
tak sanggup tgk gambar seksi si artis zarina kat atas tu..sangat memalukan!!patutla parlimen indo buat undang2 gitu..memang tak bermoral ahli dewan yang memakai batu tak cukup kain dan mencolok mata..sangat menyeksakan!
Munn Jaafar berkata…
knp nak berang? aduhai...itulah yg terbaik...
Cik mama berkata…
benda yg baik ni jarang ada yg leh terima.... ada jerr yg tak kena.. tu laaa manusia skg ni kan... aptb....
Mawardi yunus berkata…
kena sexsi ke nakmasuk parlimen