Pemuda obes jadi popular di YouTube

Pemuda obes jadi popular di YouTube

obes
Kasihan kadang-kdang melihat orang yang terlalu obes kerana dari segi fizikal masyarakat sudah tentu mencemuhnya. Apatah lagi nak menjalani hidup seperti insan yang seperti bercinta....
Tapi kadang-kadang aku tengok yang membezakansemua insan obes ini ilah keyakinan. Bil arasa rendah diri terlalu RENDAH maka akan dapat hasil yang rendah.
Cuba lihat World Wrestling Entertaiment si Henry Mark...Mak aiii..obes melampau dengan jambang yang melebat tapi kahwin gak...lawa binidia..hehehehe.
So jangan lah merendah diri sangat... kita yang obes ini mempunyai kelebihan kerana perut kit a boleh jadi bantal..kekekekeke
Henry Mark

Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.
Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan.
Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.
Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.
Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali.
Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.
Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.
Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.
Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya.
Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya.
"Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.
"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.
Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg

Catat Ulasan

4 Ulasan

Cik mama berkata…
kesiankan... mcm mnalaa aktiviti harian dia.. ermmmm
Tanpa Nama berkata…
mesti agak susah skit kalau nak jalan..kesian :(
izla berkata…
erk...!!!

emm, pendapat saya semua org ada kelebihan dan kelemahan masing2. berusaha la jadi yg terbaik.

cheewahhh!!
zareliqa afiqa berkata…
Kalu iqa kat sebelah org nie agaknya macam semut kot.huhu =.='