Selangor Dan Pengalaman Tiada Air 3 Bulan

Selangor Dan Pengalaman Tiada Air 3 Bulan

air
Terbaca berita Di Klang akan berlaku gangguan air selama seminggu kerana pembaikan sistem air oleh Syabas rasanya. Berpusu-pusu orang ramai membeli baldi yang disiarkan oleh Kosmo. Tetiba aku teringat pengalaman aku semasa Melaka selama 3 bulan ketiadaan air. Konpem harga baldi akan naik mendadak....hehehehe
Pengalaman aku tiada air ialah semasa Melaka 3 bulan kering kontang.  Kata orang dahulu Datuk Thamby Chik pada masa tu Ketua Menteri Melaka tengah buat projek di Pulau Besar. Pulau Besar memang diprcayai sebagai kawasan salah satu kawasan "keras: di Melaka.  So atas tindakan KM aku ni , Naga di Pulau Besar jadi marah dan telah menyumpah negeri Melaka menyebabkan tiada air selama 3 bulan.
Lain mitos yang aku perolehi ialah berkenaan projek di Pulau Besar gak. Mengikut kata orang  tua-tua di Asia Tenggara ni terdapat segitiga yang power ( kuasa ghaib ler) iaitu Gunung Ledang, Pulau Besar Dan Sumatera. So Datuk Thamby Chik dah kacau Pulau Besar lalu keseimbangan kuasa ghaib terganggu dan Melaka mendapat tempiasnya...
Dan aku merupakan salah satu mangsa tempiasnya...
Aikk!!! dan melalut lak aku. So pada masa 3 bulan memang kehidupan aku sekeluarga sengsara gak. Masa tu aku masa sekolah lagi. Balik sekolah bukan belajar tapi ambil air dulu..penuhkan tangki rumah dulu..hahahaha.  Kalau di Klang kau orang sibuk beli baldi tapi di Melaka kita orang beli tong drum. Bapa aku beli 3 tong drum dan beberapa tong gelan air untuk memudahkan pengangkutan.
Tugas pertama masa mula-mula krisis air ialah cat tong drum tu dengan cat minyak..yalah ...budak-budak punya kerja memang bersepah punya.
Kedua ialah setiap malam beratur di jalanraya depan rumah aku untuk mengambil air dari tangkin air yang datang hantar air. Aku kagum orang dulu tak pun memekak pasal tak der air ni. Yang kita memekak ialah  panjang sangat beratur. Aku ambil 2 gelen , kakak aku 2 gelen dan mak aku 2 gelen.  Mereka tukang  beratur ajer, aku yang kena angkat hantar ke runah..huhuhu.
Ada satu peristiwa semasa lori tangki tu hantar air, tetiba ada keluar sisa yang tak dikenali..Kecoh gak..semua kata tahi yang keluar. Aku tak tahu ler.... Tapi logiknya tangki air ini ambil air kat mana kalau Melaka tak der air? Setelah ambil kami pindahkan ke tong drum yang tersedia kat rumah kami...
Disebabkan kurangnya kepercayaan terhadap lori tangki air, untuk air makan dan minum kami mengambil air dari perigi. Di tempat tinggal aku di Bandar Hilir,aku ada satu Bukit kita panggil Bukit China. Kat bawah bukit tu ada satu perigi yang besar. Kat situlah kami sekeluarga pergi tiap-tiap hari ambil air perigi tersebut tidak kira siang atau malam.  Yang ironiknya Bukit China tu adalah tempat perkuburan lama Cina..hehehehe. ( Ada lagi perigi tu  tapi dah bersawang ler....)

Itulah kerja aku sepanjang 3 bulan tanpa air, pada 2 bulan yang pertama bagaikan cendawan pembukaan perigi-perigi baru di Melaka. Modal hanya beli gelung batu 2 rim dan panggil jentolak. Malangnya rumah aku tak layak untuk buat air perigi kerana di kawasan perumahan dan kawasan kecil.
Soal pembaziran air pada masa itu menjadi agenda utama orang Melaka amnya. Siapa yang nak beratur ambil air dan beratur lagi ambil air kat perigi.
Pengajaran yang aku dapat tanpa air selama 3 bulan ialah aku mahir membaling baldi/tong ke dalam perigi dengan sekali  shot ajer tanpa gagal untuk memenuhkannya.
Kedua ialah selama 3 bulan tak perlu bayar bil air...hahahhaha.
Memori lama teringat kembali apabila membaca tentang Selangor ini...

Catat Ulasan

8 Ulasan

M@W@R Q@SeH berkata…
palik teruk kena xde air masa blajar kt U dulu...smp diberi cuti seminggu balik ke kg...
Cik mama berkata…
Bagi cik mama, biar takder electric dari takder air,,, seksa oooo takder air, apa pun tak boleh.. heheheh
Unknown berkata…
lagi seksa xda air. nak minum pun susah, aptah lagi nak mandi dan basuh pingan mangkuk yg banyak sngt. huhu.
Razif Redz berkata…
kat tempat saya d puncak alam ni dekat dng felda bukit cerakah yg ada dlm senarai tp ok je ari ni ... minta2 ok je la
Razifredz tag haniff utk KBM
PUTRI LAGU berkata…
Thamby Chik punye pasal.. hahaha.. aku minat yang pasal mitos tu..
jahajahatable berkata…
kalau teman mintak mahap le...kubur cina kut.. siang boleh tahan lagi...malam? sorry... tang naga pulau besar tu memang lawak...hehe
Azlan Strider berkata…
mak aihh..lama tu 3 bula..yang bukit cina tu aku tau kat mana sbb dulu kolej aku btul2 sebelah tu..hehehe

Regards,
-Strider-
Tanpa Nama berkata…
teringat masa kecik,beratur ambik air.masa tuh best gak coz abg2 n akak lum kawin.semua bujang lagi,so tanggungjawab mereka dok angkut dri bwah ke tgkat 4.hihihi..mas mesti de baldi khas.kecik..chomel je..kadang2 jiran sama bya mas laki jdi gentelman tlong angkut smua.hihihi..zmn kl darurat thn 1998..mak mas baru lahirkan adik.tempoh pantang mak dok angkat air gak.patutla now mak sakit2.