Si Comel separuh abad

Si Comel separuh abad

DIA seorang ibu dua anak perempuan, tetapi masih lagi mempunyai bentuk tubuh menarik dan mampu kelihatan lebih glamor daripada wanita separuh daripada usianya.
Hanya beberapa tahun sebelum menyambut hari jadi ke 50-nya, Monica Bellucci telah diberikan watak seorang ibu walaupun dia tidak kelihatan sebagai seorang ibu yang memimpin keluarga.
Model Itali itu adalah satu daripada model untuk kempen iklan Dolce and Gabbana yang terbaru untuk mempromosikan koleksi Musim Bunga 2012.

Dia dikelilingi oleh ahli keluarga Italinya sambil menayangkan bentuk tubuhnya yang menarik dalam tiga helai gaun les hitam.


Walaupun bersama dengan model Itali Bianca Balti yang berusia 27 tahun, 20 tahun muda daripadanya, Monica hanya kelihatan seperti kakak dan bukan ibu model itu.

Dalam satu gambar, Monica duduk di atas tangga sambil tangannya memeluk dua orang remaja lelaki dan Bianca pula bergaya di hadapan mereka.

Dalam satu gambar lain, dia berdiri di atas tangga di hadapan sebuah gereja, gambar tipikal keluarga Itali bersama-sama anggota keluarga daripada beberapa generasi.

Dalam gambar ketiga pula, Monica duduk di sebuah pelabuhan bersama ahli keluarga yang lain. Dia memakai baju ala Carmen tanpa lengan.

Gambar untuk Koleksi Musim Bunga itu diambil di bandar Portofino di selatan Itali oleh jurugambar Giampaolo Sgura.

Ia diarahkan oleh Dolce Domineco sendiri, pengasas bersama yang mengasaskan label itu pada 1985.

Monica berkahwin dengan aktor Perancis, Vincent Cassel dan mempunyai dua orang anak perempuan, Deva, tujuh tahun dan L�oni, setahun.

Selain menjadi seorang model yang terkenal, Monica juga seorang aktres dan baru-baru ini selesai menjalani beberapa penggambaran di Hollywood.

Dia bekerjasama dengan Rachel Weisz untuk filem “The Whistleblower”, sebuah filem mengenai seorang anggota polis wanita yang meletakkan dirinya dalam bahaya untuk membongkar skandal pemerdagangan manusia di zaman praperang di Bosnia.

Monica turut bersama bintang Nicholas Cage dalam filem Disney fantasi 2010, “The Sorcerer’s Apprentice.”

Tapi filem Perancis terbaru, “That Summer” yang akan menjadi bualan orang ramai kerana dia berbogel di hadapan kamera tidak lama selepas melahirkan anak perempuan keduanya

Catat Ulasan

0 Ulasan