Sibuk Persediaan Pembedahan Ibu AKu

Sibuk Persediaan Pembedahan Ibu AKu

hospital Melaka
Semalam malam aku blogwalking semua  senarai bloglist dan komen aku kerana dalam 3 hari ini aku memang tak dapat nak blogwalking kerana menghantar mak aku hari ini masuk wad dan hari Jumaat lak pembedahan untuk Tumor Ovarinya. Aku pernah buat post pasal Uterus Fibroid tapi jangkaan aku meleset ianya bukan penyakit itu kerana tumor mak aku besar sangat!!!

Thanks pada Hospital Melaka yang pantas bekerja dan memberi pandangan mereka. Tak sampai satu bulan dengan segala pemeriksaan seperi CT Scan, X Ray , blood checking dan segalanya teratur..
Cuma parking kereta ajer masalah..hehehe

Walau apa pun aku bersyukur kerana masalah mak aku telah selesai dan hanya menanti waktu untuk pembedahan sahaja. So esok aku memang sibuk dan hari  Jumaat lagi sibuk .
Nanti aku cerita lagi pasal pembedahan tu nanti...

By the way aku dah siap schedule post untuk 3 hari ini..hehheheehe.
Doakan agar mak aku selamat dalam pembedahan ini yek kawan-kawan..

Catat Ulasan

11 Ulasan

mrs eyza berkata…
didoakan mudah2an mak awak selamat dalam pembedahan esok yer... =)
nia berkata…
amin.semoga selamat semuanya. semoga cpt2 sembuh
MalizaMah berkata…
ermmm.....
hosp MELAKA... tetiba teringat kat arwah kawan saya... huuuuuuuuuu
Azlan Strider berkata…
aku doakan agar mak ko selamat menjalani pembedahan tu nanti ek..amin..

Regards,
-Strider-
M@W@R Q@SeH berkata…
sy doakan moga semuanya berjalan dgn lancar & selamat...
Mawardi yunus berkata…
semoga selamt ye.. n everything ok .. :)
Hanif berkata…
Thanks all..tadi dah masuk wad..dah start puasa..Sok konpem belah perut...huhuhu.
Ni sekarang tengah temankan sambil lepak2..
mummy2k berkata…
insyaallah sihat...amin...
zareliqa afiqa berkata…
Moga mak hanif selamat dan cepat sembuh. Hospital melaka tu mmg tiap2 arie susah nak carik parking. huhu =.=
Tanpa Nama berkata…
insyaAllah smua akan slmat n dprmudahkn sgla urusan.pe2 update psal mak abg gak ye.krim salam.
shahdiana berkata…
semoga semuanya berjalan dengan lancar & ibu hanif selamat...