Tinggalkan Suami Dapat RM30,572

Tinggalkan Suami Dapat RM30,572

suami
Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Cik mama berkata…
Lorrr mcm ni pun ada gak yerr... hehehehhe
rebellion berkata…
pergh, kiranya selama main berak merata la yer .. hoho
izla berkata…
woweeee, tapi taknakla tinggalkan suami!! huhu
Tanpa Nama berkata…
hihihi mas baca paper smlm pon dok tergelak2
Azlan Strider berkata…
wah...untung giler dia..duit tu boleh buat kawin lain..hehehe

Regards,
-Strider-
THE AUTHOR berkata…
Pasal tandas dapat duit ....
memang pengotor rakyat negara tu..kekeke
Unknown berkata…
haish..macam ni pun ada..tapi memang tak boleh blah kalau tak de tandas..
Miss Purple Ungu berkata…
ada jugak kes mcm ni rupanya huhu
shahdiana berkata…
ada jugak kes macam ni...hahahha...