Al-Qaeda Mengancam AS Semula

Al-Qaeda Mengancam AS Semula

A-Qaeda
Penguat kuasa undang-undang dan pegawai jabatan untuk menghentikan pengganas di Amerika Syarikat (AS) kini sedang berusaha membongkar kaitan antara kumpulan Al-Qaeda dengan beberapa laman sesawang yang memaparkan mesej berbaur ancaman serangan ke atas New York.

Tindakan itu diambil selepas sebuah gambar menggunakan teknik pertindihan ala Hollywood memaparkan pemandangan­ sekitar Manhattan yang turut disertakan kapsyen AL- QAEDA - akan kembali semula ke New York.

Gambar mencetuskan kontroversi tersebut telah dimuat naik ke dalam laman forum Ansar al Mujahiddin (Amaf), kelmarin yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Taliban dan pemimpin utama militan di Jordan.

Seorang pakar yang memantau aktiviti di dalam laman sesawang militan, Evan Kohlmann berkata, dua laman forum rasmi Al Qaeda telah dikenakan sekatan sejak dua minggu lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan