Dunia Pekerjaan Secara Realiti

Dunia Pekerjaan Secara Realiti

kerja
Dalam dunia pekerjaan terdapat beberapa teknik yang harus kita guna pakai dalam memastikan kita selesa dalam pekerjaan kita. Dan aku rasa ramai antara anda yang sedang belajar atau baru mula bekerja masih terkapai-kapai dalam memahami dunia pekerjaan samada yang menggembirakan atau kejam pada anda. Baru-baru ini aku terbaca satu artikel tentang realiti persekitaran pekerjaan di masa kini.

Bagaimana kedudukan anda di kaca mata majikan anda? Jom kita mulakan.. Dahulu selalunya para pekerja diomong-omongkan WORK SMART, DON'T WORK HARD. Ini jua amat penting dalam dunia pekerjaan. Tetapi work smart mestilah seiring dengan pengetahuan dan pengalaman. Tetapi untuk dapatkan status work smart kita haruslah work hard terlebih dahulu. Kita mempelajari sistem kerja yang ada dan kemudian kita manipulasi sistem itu agar memudahkan kerja kita. Bila sistem kerja sudah berada dalam genggaman kita maka secara tak langsung kita akan menjadi pekerja pintar atau pekerja mahir. Maka dengan itu, sesuatu kerja mengambil masa 3 jam dan dengan pembaikan sistem anda sendiri ia menjadi 1 jam.

 Dalam dunia manufacturing kita panggil pengkhususan. Bayangkan anda buat kerja itu setiap hari dan setiap tahun. So kemahiran itu akan membina kekuatan analitik kerja anda. Bukannya kerja shortcut yek!!! So jangan dipikirkan sangat istilah lapuk ini..... Tapi dalam dunia pekerjaan kadang-kadang betapa hebat anda pun namun kepercayaan majikan pada anda tetap rendah dan anda tetap diiktiraf pekerja yang tiada kualiti. Kenapa?

 Sebelum saya memberi jawapannya. Kita berbalik pada standard dunia sistem management ISO 9001:2008 berkenaan kualiti. Apa itu kualiti? Kata Dunia Sistem Management "Kualiti Adalah Untuk Memenuhi Kehendak Pelanggan". ( Quality is to fullfill customer requirement). Kenapa tak kata kualiti memastikan barangan yang berkualiti.

Kerana, sebaik mana pun anda buat sesuatu produk itu jika tidak memenuhi kehendak pelanggan maka ia tetap tidak baik. Sebagai contoh, anda membuat produk kereta dan trend terkini semua mahukan kereta yang mempunyai air bag. Anda cut cost dengan tidak meletakkan air bag, walaupun harga murah dan prestasi baik tetapi disebabkan kehendak pelanggan masa kini ialah kemestian dalam kereta mempunyai air bag maka produk kereta tidak terjual dan akhirnya anda rugi!!

 Sebagaimana dalam dunia pekerjaan. Kualiti dalam pekerjaan adalah Anda Memenuhi Kehendak Majikan (Quality Of Work Is To Fullfill Employer Requirement). Seperti yang saya katakan tadi, sehebat mana anda pun jika majikan pandang anda dengan mata sebelah. anda tidak kemana-mana!!! Apa kehendak majikan? Menjadi Pak Turut...bodek boss, Yes boss..bukan semuanya...
 Tetapi:
a) Tumpuan kawasan Pemantauan Majikan 
 Maksudnya apakah kawasan atau kerja yang selalu majikan anda periksa atau monitor. Pastikan anda buat kerja itu terlebih dahulu. Jangan ada apa-apa masalah pada kawasan monitor majikan anda.
b) Kehendak Data Apakah stail paper work yang selalu dikehendaki.
Kadang-kadang anda membuat sesuatu report yang terlalu lengkap pun tidak guna jika majikan anda hanya memerlukan beberapa item yang selalu beliau tengok. Dan lagi teruk, report anda tidak boleh di guna pakai kerana tidak memenuhi kehendak majikan anda.
c) Analisis Data
 Semua pekerjaan didunia ini pasti ada masalah tetapi kalau asyik beritahu masalah pun tak best gak. Berikan idea untuk mengatasi masalah itu sesekali. Kalau dia tak terima jangan kecil hati kerana anda dalam proses mengenali majikan anda.
d) Gaya Diri Anda 
Jika anda baru mula bekerja disesuatu tempat baru, janganlah terlalu merendah diri. Kerana anda akan dibuli nanti. Tunjukkan gaya macam anda best tapi janganlah terlalu best...hehehehe. Orang menyampah lak.... Tunjukkan sedikit gaya kepimpinan bukannya gaya buruh...maksudnya gaya yang orang respek kat kau lerrr.. Kalau orang tak respek....faham-faham ajer ler..
e) Jangan Ambil Kerja Terlalu Banyak
 Perkara ini berlaku jika anda mula-mula bekerja. Semua kerja anda kena buat.. Akhirnya bila terlampau banyak kerja ...kerja menjadi tak sempurna dan kesudahannya anda adalah pekerja bermasalah. Hati-hati akan sitiuasi sebegini.. Bukannya menolak kerja tapi untuk memastikan jika berlaku sesuatu masalah di tempat kerja anda boleh menggunakan masa terluang itu membaiki masalah anda.
Tapi jika sesuatu kerja itu boleh menambahkan ilmu...why not? Ambil sahaja...
Check your capability dengan kerja yang mampu anda buat!!!

 Rasanya dah cukup kot. Anda tidak perlu berkomunikasi dengan majikan anda pun jika anda amalkan 5 perkara ini. Anda akan tetap Good Worker dikacamata majikan anda. Tak perlu bodek bro.. Tetapi untuk memenuhi kehendak majikan, anda kena Work Hard juga kan...hehehehehe.
Artikel ini saya sangat setuju kerana saya sudah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia pekerjaan ini.Membuat satu report berhari-hari, blum campur kena marah giler-giler ngan boss, data asik salah ajer, kena buli, kerja semua kasi kat aku..Iskkkk!!! Budak baru katakan....
Mahu pening aku dalam 3 tahun pertama aku bekerja!! Tetapi lama kelamaan, seiring dengan pengalaman kerja, sekarang kerja pun selesa ler... Tapi kalau aku jumpa awal 5 perkara ini dahulu mungkin aku akan jadi lebih baik kot!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

Azlan Strider berkata…
satu benda tentang dunia pekerjaan yang aku tak suka tapi kena lalui jugak ialah office politik..hehehe..tapi sayangnya kat mana2 kita keje benda tu tetap akan ada..hehehe

Regards,
-Strider-
THE AUTHOR berkata…
Betul!!! tu yang kita kena pandai mengalihkan ...kekekeke