Galaksi berbentuk topi penduduk Mexico

Galaksi berbentuk topi penduduk Mexico

galaksi
Teleskop angkasa lepas Spitzer milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah merakamkan imej Galaksi Sombrero.

Gambar itu telah didedahkan NASA kelmarin.

Galaksi berkenaan dinamakan demikian kerana ia menyerupai topi Sombrero yang sering dipakai oleh penduduk Mexico.

Menurut NASA, Sombrero sebenarnya merupakan dua buah galaksi dan imej sebelum ini menunjukkan ia berbentuk rata seperti cakera

Catat Ulasan

0 Ulasan