Hari Pertabalan Agung Ke 14

Hari Pertabalan Agung Ke 14

agung
Esok adalah  hari pertabalan  Yang Dipertuan  Agong  ke -14  dan esok juga merupakan hari cuti umum. Baru hari ini nak cas tenaga kerja, kalau cuti hari Rabu ini memang failed betul sebab ia terletak di tengah-tengah  hari bekerja aku. Hari Khamis kerja dan baru nak pulih semangat hari Jumaat last kerja..pehhhh!!!!
Aku esok rancang nak kemas pokok  bunga rumah aku yang hidup segan mati tak mahu...nak letak baja kambing sikit dan tukar tanah.emmm. Lepas tu nak beli DVD dan terbaring sepanjang hari. Itu plan aku ler....andai bini aku tak kacau aku suruh merayau-rayau ikut dia window shopping.

Walau apa pun aku terbaring malas, sebagai rakyat Malaysia aku mengucapkan tahniah kepada Agung baru kita selamat bertaktha. Maaf jika aku tak pandai berpatik-patik kerana Melaka dah lama tak der raja. Yang ada hanya Yang Dipertua Melaka tu pun orang Pahang...hehehehehe.

Kasihan jadi orang Melaka ini tak beraja padahal dulu ia merupakan Empayar Kesultanan Melaka yang menguasai Tanah Melayu. Ini semua gara Portugis yang serang Melaka, dah terpaksa Sultan aku lari ke Johor. Duduk kat Johor lak lama kelamaan kena tendang gak ...orang Bugis ambil...hemmmmm.. Akhirnya aku pun tak tahu mana Sultan aku pergi..

Tapi aku akui kepentingan sistem beraja ini  adalah satu justifikasi orang-orang melayu. Melayu ujud kerana rajanya. Melayu ujud kerana kuasa perlembagaan beraja. Janganlah kita orang Melayu ini lupa daratan dan mudah lupa. Ini bukan entri politik atau entri monarki kerana aku bukan berdarah raja tapi hanya rakyat picisan sahaja...hahahahah.
Dan aku bukan buta sejarah, aku ingat  perjuangan nenek moyang kita melawan Malayan Union. Andai Malayan Union terlaksana apa jadi pada Melayu.!!!
Apa jadi pada keistimewaan Melayu!!!
Aikk..aku dah melalut jauh....
Daulat Tuanku!!!

Catat Ulasan

9 Ulasan

anie berkata…
bagus la tolong wf
Nour Adieb berkata…
Sabah pun skrg teda raja
TRAVELOG ATEH berkata…
yes ..esok cuti. Baru tahu sbb apa cuti. rupanya sempena hari pertabalan Agung.hmm...kalau leh blik kg kan best. tp khamis tue ada class lg.
harita berkata…
yang penting dan seronoknya.esok cuti.yahooo!
Belalang hijau Perisik berkata…
kakak belalang amik cuti arini khamis tu sebab nak balik pahang lawat keluarga belah husband dia... so, kira direct cuti la dia... bro x nak apply mcm tu ke? hehehe
Unknown berkata…
satu negeri ja ada raja.. yang lain, sultan.. Yamtuan.. dan yg dpertua negeri.. yang bestnye cuti..
sistem beraja ni bnyak kepentingannya.. daulat tuanku..
Tanpa Nama berkata…
smpena hari agong, mas dah start keje.hihi

daulat tuanku..
Denaihati berkata…
dengarnya national geography channel juga buat liputan.