Semalam bersama kawan tengok midnight movie filem terbaru Battleship yang baru ditayangkan pada 12.04.2012. Tempat duduk full, yang ada balance 2 seat paling depan..
So berbincang serius dengan kawan aku maka kami pun pejam mata nak tengok juga. Syukur alhamdulilah, tengkok tak sakit sangat masa nonton...hehehehhe.
Rating keseluruhan dari 5 bintang aku kasi 3/5 bintang. Ceritanya berkenaan latihan ketenteraan laut antara negara di Pasifik ( Hawaii). Pada masa yang sama kerajaan telah menjalankan satu projek iaitu Projek Beacon menghantar komunikasi ke galaksi lain untuk berhubung dengan hidupan diluar sana.
Malangnya makhluk asing telah mendapat mendapat mesej tersebut dan menghantar tenteranya ke sana.
Maka bermulalah peperangan antara manusia dan makhluk asing.
Ianya banyak berkisar peperangan di laut ler dan strategi yang digunakan melawan makhluk asing tersebut. Memang best melihat kemusnahan yang dilakukan oleh makhluk asing tersebut. Dengan senjata macam roda kikis kapal destroyer macam sardin ajer, pakaian makhluk asing yang futustrik dan bom periuk api yang dahsyat.
Selain itu kapal terbang makhluk asing yang canggih, memang best.
Tapi yang tak bestnya endingnya dia tak tragis, senang sangat. Tak ujud macam satu kepayahan atau gimik. Biasanya kalau cerita perang , ending filem mesti kena best, tapi kali ni aku jamin kat kau orang . Senang sangat endingnya. Selain itu logiknya menggunakan kapal perang Battleship yang dah jadi muzium lawan makhluk asing. Itu aku masih boleh terima lagi. Walau pun tak jalan berpuluh tahun tapi enjin boleh gerak lagi..hehehehe.
Cuma aku tak ler terima logiknya, kapal yang berpuluh tahun tak jalan boleh lak dia orang dapat cari pelurunya ( turet). Dari mana dia orang cari yek.. nak cari peluru meriam takkan macam beli kedai makan jer kot...
Dari cinemagrafi dia tak ada cacat cela, itu aku kagum ler...Mungkin sebab aku tengok 2D kot..
Walau apa pun untuk santai-santai , anda boleh menonton cerita ini.
Selamat menonton!!!
4 Ulasan
http://mzneo.blogspot.com/2012/04/battleship-agak-ohsem.html