Satu topik yang amat berat...hehehehe. Inilah topik yang bincang tadi
sama dengan auditor ISO14001:2004 semasa hisap rokok tadi.
Topik yang menarik minat aku sebenarnya..
Menurut auditor tersebut, kapitalis sebenarnya memang sedang menuju
kehancuran. Seperti yang dilihat Amerika Syarikat dan negara Eropah
secara amnya secara perlahan-lahan menghadapi tekanan yang tinggi dalam
inflasi ekonominya. Betul!! Aku sokong dengan jujurnya, bahkan aku
pernah membaca satu artikel bahawa hutang Amerika Syarikat hampir 3 trilion ( rasanya)....
Ini adalah kerana sistem kapitalis yang bergantung pada pusingan matawang yang bukan berdasarkan emas atau perak telah memakan diri mereka. Sekarang matawang yang berputar di seluruh dunia hanya kertas
yang tidak ada nilainya. Wang anda lihat di skrin komputer hanya nombor
semata-mata. Apakah sandaran wang pada masa kini. Hanya kertas......
Dulu Amerika Syarikat pernah katakan setiap 30 US Dollar adalah bersamaan 3 gram emas sebagai sandaran setiap pengeluaran matawangnya . Tapi selepas Perang Dunia Kedua ianya tidak dipraktiskan lagi.
Matawang hanya kekal disebabkan oleh kerajaan. Selagi kerajaan itu ujud maka matawang itu bernilai. Bayangkan jika kerajaan Amerika Syarikat tumbang, adakah nilai matawangnya bernilai?
Berbeza dengan matawang berdasarkan Emas atau Perak. Ianya adalah besi yang berharga dan nilainya sentiasa tinggi. Sebagai contoh dulu dengan nilai RM100 kita boleh membeli seekor kambing. Sekarang dengan nilai RM100 dapatkah kita membeli seekor kambing? Tidak mungkin kerana harga
barangan semakin tinggi.
Tetapi jika kita menjalankan perniagaan menggunakan matawang Perak atau Emas ( atau bahasa popular dinar/dirham), 10 tahun dahulu harga kambing yang berharga RM100 akan tetap sama seperti sekarang. Kenapa? Walaupun harga kambing tersebut meningkat harga RM500 tetapi kenaikan nilai kambing tersebut dengan nilai matawang Emas/ Perak seiring. Sebagai contoh lagi , dulu 1 gram emas RM80 ringgit dan kini 1 gram mahu cecah RM130. Kita tetap membeli kambing tersebut dengan nilai matawang yang sama, bentuk yang sama tapi valuenya lebih tinggi.
Faham tak apa saya maksudkan?
Selain itu jika sesuatu kerajaan itu tumbang. Nilai matawang negara tersebut yang bersandarkan emas/perak tetap ada nilai. Ianya mampu dijual beli kerana harganya yang standard di seluruh dunia. Bukan seperti matawang kapitalis yang berbeza nilainya. Bayangkan jika seluruh dunia berbalik kepada matawang emas dan perak, adakah akan ujud masalah harga barangan naik, adakah akan ujud perbezaan sesebuah negara
itu nilai wangnya lebih tinggi dari negara lain. Adakah akan ujud inflasi?
Sememangnya dari segi tertentu susah hendak dikawal tetapi dari segi
keseluruhan, keadilan dunia akan lebih terurus dan telus. Oleh itu simpan emas atau perak, jika suatu hari nanti kapitalis roboh. Kita takkan terperangkap lemas bersama-sama.... Sebab tu Mahathir selalu tekan kan penggunaan emas...emmm...
Dan auditor tadi pun kata, kesemua kejatuhan ekonomi ini berkaitan dengan Israel. Teori yang menarik...esok aku nak tanya lagi? Satu perbahasan yang menarik antara aku dan auditor tadi. Dua batang
rokok kami berbahas...hehehhee.
Sudah semestinya aku berbicara tentang ekonomi kapitalis yang berdasarkan faedah , unjuran permintaan dan penawaran serta urus niaga jual beli yang praktikal dari segi kapitalis. Aku adalah pelajar lepasan ekonomi Kapitalis...kekekekkeke.
Walau apa pun aku sedikit sebanyak menyokong teori yang di katakan oleh
auditor tadi diatas!!! Dan aku sudah semestinya perbahasan ini aku tak boleh lebih-lebih,
Jangan cari pasal dengan auditor...kekekekek
1 Ulasan
harga emas dan perak pun fluctuate.sbg commodity, dorang pun tak terlepas daripada speculation dan fluctuation.
jangan mudah terikut ikut dengan pandangan mahathir aje.cuba buat bacaan sendiri dulu.
kalau satu dunia gunakan emas dan perak,adakah mustahil untuk golongan mata duitan (capitalist) ni untuk membuat kacau lagi? lol.