Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.
Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

Kerja gila naikkan harga rokok sampai RM250.Kalau ni menjadi lagi baik beli najis dadah..ini dinamakan perancangan yang tak teliti. Tujuan yang baik tapi pelaksanaan tak baik!!
Aku marah sebab aku perokok...hehehhehe
Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.
Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan.
Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: “Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.
“Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian
3 Ulasan