Pembunuh Katrina Dipenjara 65 Tahun

Pembunuh Katrina Dipenjara 65 Tahun

katrina
Lima bekas pegawai polis New Orleans, yang menembak enam orang awam di atas satu jambatan ketika taufan Katrina tujuh tahun yang lalu, dihukum penjara antara enam hingga 65 tahun, semalam.

Keenam-enam mangsa ditembak di Danziger Bridge pada September 2005.

Laporan BBC menyebut bahawa empat daripada pegawai polis disabitkan kesalahan menggunakan senjata api manakala yang kelima pula cuba menutup kes itu, yang mengambil masa lima tahun untuk dibuktikan.

Pegawai-pegawai berkenaan didapati sengaja mereka saksi-saksi dan mengadakan laporan palsu selain meletakkan senjata di tempat kejadian bagi menjustifikasikan insiden tembakan.

Robert Faulcon, 48, dikenakan hukuman penjara paling lama iaitu 65 tahun; Kenneth Bowen, 38, dan Robert Gisevius, 39, pula masing-masing 40 tahun seorang, dan Anthony Villavaso, 35, perlu menjalani hukuman penjara 38 tahun.

Catat Ulasan

0 Ulasan