Sekolah agama susahkan anak-anak dan ibubapa

Sekolah agama susahkan anak-anak dan ibubapa

agama
Rupanya ada rungutan dari ibubapa yang anak-anak mereka mempunyai jadual padat dengan sekolah pagi dan agama disebelah petang. Macam anak aku sekarang ni, kasihan aku tengok. Balik dari sekolah pukul 1.30pm dan kul 3pm kena pergi sekolah agama.

Tapi pada dasarnya sama sahaja macam waktu-waktu dahulu, cuma tak pergi sekolah agama cuma cikgu ajar mengaji kat kampung-kampung. Bila rungutan berlaku maka kita sebagai orang beragama islam menidakkan agama kita. Maaf saya katakan, dengan sekolah agama ini dan hari Sabtu belajar mengaji, anak aku 20 kali ganda fasih dari aku. Sampai aku malu sendiri. Aku kan anak zaman belajar mengaji kampung  ajer...kekekekeke.

Tanpa KAFA atau SAR ini dari mana kita nak mendidik anak kita asas agama kita. Terima kasih aku ucapkan pada guru-guru ini. Kalau mereka tiada dan ibubapa pula masa kini sibuk mengejar kerjaya, walau hebat macam mana pun kau dalam agama, masa tetap mencemburui kau untuk mendidik anak-anak kau asas keagamaan. Dan kita sebagai ibubapa hanya perlu mengasah sedikit ajer. Biasanya bini aku yang mengajau...hahahaha.
Ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa Islam mendidik anak-anak kita baik dalam ilmu duniawi dan Islam. Nanti bila kita tiada, siapa nak doakan kau dan apa kau nak jawab kat kubur nanti bila anak-anak kau tak didik dengan baik. Saya harap jangan ada pihak tersalah cakap hal-hal sebegini. Dosa bro...
Dunia dan akhirat kena seimbang....dan ingat paling penting tanggungjawab kita.
Kalau boleh kita nak anak kita lebih baik dari kita bukan sahaja ilmu dunia tapi dunia akhirat.
Kalau aku cakap lebih2 kang nanti ada pihak yang marah..hehehehhe.
Jom baca komen berita ini...

Ibu bapa diingatkan supaya tidak merungut dengan masa terhad anak-anak mereka yang mempunyai ­jadual padat sepanjang sesi persekolahan pada waktu pagi dan sekolah agama di sebelah petang.
Pengerusi Persatuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) Daerah Maran, Baharuddin Othman berkata, kelas agama membantu anak-anak mendapat didikan agama yang cukup demi menjamin akidah serta masa depan mereka.

Menurutnya, pendidikan agama di SAR Kafa memberi pendedahan kepada anak berusia 7 hingga 12 tahun kepada Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
“Kerajaan juga tidak meminggirkan SAR Kafa dengan menyediakan pelbagai bantuan bagi memastikan pembelajaran di sini mencakupi keperluan generasi sekarang.
“SAR Kafa memainkan peranan penting mendidik anak-anak dalam kelas al-Quran dan fardu ain,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan cek bantuan pembangunan kepada SAR Kafa daerah Maran, di sini.
Sebanyak RM549,363.50 sumbangan dari Unit Pendidikan Agama, Jabatan Perdana Menteri disalurkan kepada 25 SAR Kafa daerah ini.

Baharuddin berkata, bantuan itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan sekolah terbabit yang terbukti membantu melahirkan modal insan berkualiti.
Menurutnya, kerajaan sangat memahami kesulitan guru sekolah berkenaan yang hanya mengharapkan bayaran yuran pelajar dan bantuan institusi agama walaupun kos pentadbiran sekolah semakin meningkat.

“Maka guru agama dinasihati supaya memberi tumpuan pengajaran di dalam kelas kerana ia dapat membentuk sahsiah pelajar yang mampu mencorak kehidupan masyarakat pada masa depan.
“Setiap guru perlu mempunyai sifat bertanggungjawab menjadi seorang pendidik bagi melahirkan insan berguna bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga terhadap agama dan negara,” katanya.

Catat Ulasan

4 Ulasan

LindaLittle berkata…
Zaman persekolahan anak-anak sekarang dah tak sama macam zaman kita..(opkoss la kan)....

kalau kita tak mampu nak beri didikan agama...hantarlah pada yang mahir mendidik agama...

Masa memang lah nampak melelahkan anak-anak...dari mereka merayap..baik hantar kelas agama..

Pendapat saya sahaja..
THE AUTHOR berkata…
Betul saya sokong...cuma risau bila lihat kenyataan sebegini keluar...
Nanti lak kang bila ramai2 pakat kata susah.. kensel kelas agama..
hancuslah bangsa disebabkan segelintir pihak ini...
miloaiskurangmanis berkata…
tak payah lah nak merungut
kalo diri sendiri pun tak mampu nak ajar anak2 kat rumah kan???

apa salahnya depa susah dan penat sekarang?
hasilnya - mungkin hari ni kita tak nampak
tapi masa depan - berguna jugak apa yg depa belajar ni....

lain lah kalo mampu bayar guru2 agama datang kerumah untuk ajar anak2...

for me - tak pe - let them rasa susah sikit - supaya depa sedar - bukan senang nak pandai - nak berjaya
bukan boleh semua di hidang depan mata tanpa depa perlu lakukan apa2....
Unknown berkata…
Sama jg anak2 saya jam 2 dah kena ke kelas agama. jam 5 jemput balik. Yg sekolah menengah jam 3 petang baru balik. Saya gembira anak2 saya ada ketabahan, kena pelajari ilmu agama. Semoga dimudahkan urusan ya..