Entri yang buat aku marah sebenarnya... Zaman sekarang ini kahwin cerai boleh buat main-main ker. Kejap nak cerai ..lepas tu tak jadi..hehehehhe.
Macam main bola ajer bab-bab cerai ini..hehehehehe.
Atau dia memang sayang sangat kat Rita tapi sebagai lelaki ianya salah Aidil kerana kita memegang kuasa cerai ini tapi mesti berdasarkan tanggungjawab dan akal kita. Ini suka-suka minta cerai dan lepas tu tak jadi cerai...hahahhaha. Bila emosi kuasai pikiran inilah jadinya..last-last...asik nikah cerai..rupanya dah talak tiga..hehehehehe...ini orang namakan Gila Talak..
Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.
“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.
“Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.
Terdahulu, Ahmad Nazib memberitahu, terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu
7 Ulasan
bila dengar rita bercakap semalam dlm video ringkas luar mahkama, masing2 punya ego yang tinggi..
tak baik rita kata aidil budak2, walaupun satu malaya tahu aidil budak lagi cuma dulu sebelum nikah taknak fikir. rita kata aidil tak mampu beli rumah, hah tahupun dulu itu jugak yang dia nak. sanggup terima. aidil kata usj rumah dia, tak kisahlah rumah tu bukan rumah kelamin ke apa ke, yang penting bukan rumah sewa yang sebulan kena bayar 3 ribu, kata ritalah. rita kata dorang share bayar, tapi mana aidil nak mampu, pemain bola je, berapa sangat gajinya pun. mula2 memg mampu, ikut kata bini. kata sayang, lama2 tak terdaya si aidil 2. lagi2 perkahwinan mereka tidak direstu.
jangan sampai terbuka pekong didada sendiri sudahlah.
pendapat AR lah, perkahwinan kalau tanpa restu boleh bahagia, cuma pasangan kena kuat untuk harungi setiap kata2 org. ingat 1 je, batu kalau lama2 dititik air blekok jugak dan pastikan kita bukan batu yang lekok dek titisan air.
jgn publish kalau salah bahasa, hahhaa.. dalam lancang takut gak ni, saya doakan rumah tangga mereka kekal bahagia selamanya. anak2 makin membesar. sampai bila nk perang. ini payahnya bila org tua masuk campur hal dlm kain anak2, titik..
tapi rita memang tak patut pun mengata aidil tu mcm tu.
kalau dah tahu aidil mcm budak2 yang dulu sibuk kawen sampai ke songkhla tak pulak dia kata tu idea budak-budak.
ni baru la bau kentut tu busuk.
kalau tak memanjang harum.
rita pun kena la ambil hati aidil dan keluarga. ego tu kena rendahkan. mengalah utk kebahagiaan bersama tak pe kan?
ni org nampak rita la buruk sebab mengata suami sendiri.
patutnya rahsia rumahtangga ni kena la simpan elok2.
cuba tanya iman bukan tanya nafsu.