Apa Bezanya Lady Gaga Dengan Dangdut?

Apa Bezanya Lady Gaga Dengan Dangdut?

dangdut
Agak ironis apabila penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Lady Gaga, dihalang daripada membuat konsert di Indonesia sedangkan penyanyi dangdut erotik sering dibenar tampil di atas pentas apatah lagi ketika kempen pilihan raya.
Pemerhati muzik, Denny Sakrie berkata, kontroversi pengharaman konsert Lady Gaga di Indonesia sudah keterlaluan.
“Lady Gaga mungkin jadi perhatian dunia sehingga akhirnya orang yang tidak kenal Lady Gaga menganggapnya penyanyi itu tidak bermoral. Padahal, sekiranya kita lihat di Indonesia sendiri, terdapat penyanyi dangdut erotik, apakah mereka lebih bermoral? kata Denny.

“Apatah lagi ketika pilihan raya, jadi perkara pengharaman konsert Lady Gaga ini seperti sengaja dibesar-besarkan,” katanya.
Hanya kerana kontroversi Lady Gaga kebelakangan ini menjadi perhatian dan kebimbangan beberapa golongan.

“Perkara ini sebenarnya boleh dibawa berbincang sebelum konsert diadakan,” katanya.
“Sebelum ini kita lihat banyak konsert daripada artis yang tidak jauh berbeza daripada Lady Gaga, contohnya Katy Perry, Beyonce, Janet Jackson dan bahkan Alice Cooper yang membuat persembahan dengan menggunakan darah tiruan. Walaupun ia agak sadis tetapi hanya di atas pentas dan boleh dilakukan,” katanya.

Denny berharap semua pihak mampu mengambil keputusan yang bijak dan tidak saling merugikan terutama untuk peminat Lady Gaga yang dikenali sebagai “Little Monster.”

Catat Ulasan

6 Ulasan

shahdiana berkata…
ye jugak...kesian lady gaga...macam penyanyi dangdut tu pakaian tak keterlaluan sangat kan...lady gaga ni agaknya terlalu keterlaluan kot....
NoorBieLover berkata…
sy setuju gak..dangdut diorang lg dahsyat..Lady Gaga pun xreti nak nak goyang gerudi mcm diorang..
putryteya berkata…
eeii , tak suka Lady Gaga :(
Unknown berkata…
seronok ke dangdut?
tergelek2 sana sini
tak manis btol kalo terlebih goyang
hihi
THE AUTHOR berkata…
lihat dangdut best..hehehe
Kemboja Putih N berkata…
dangdut..kalau yg ori tu memang seksi..lagi seksa dari gaga..