Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

awal
Kasihan kat Dira diundurkan dari segmen Melodi gara-gara bertumbuk di kelab malam. Kata TV3 dia undurkan diri...kata TV3 ler....
Bila dah popular mahu tak mahu kena sentiasa menjaga perwatakan dan attitude kita kerana kita adalah tumpuan ramai. Nak popular tapi tak tahu jadi peribadi diri..inilah jadinya.
Tapi apa kisah, Dira kan anak orang kaya... join Melodi pun untuk suka-suka. Aku tahu ler sebab ayah dia bekas Ketua Menteri Melaka...

Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini.
Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Kosmo! semalam.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan.
"Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya

Catat Ulasan

3 Ulasan

shahdiana berkata…
maknanya betul la kisah yang kita dengar sebelum ni tu kan...takkan pokok bergoyang kalo takda angin kan...
fieda berkata…
awal pun ok jgk..
Miss Syahbanu berkata…
tetap suka JOZAN gak huhuhu..kan best lau jozan di melodi plak..huhu..tpi Awal tu bolehlaa dri xde..