Bekas buluh dilelong RM1.8j

Bekas buluh dilelong RM1.8j

buluh
Sebuah bekas kecil yang sudah rosak dan didermakan kepada sebuah kedai kebajikan mengejutkan dunia seni halus apabila ia dijual pada harga mencecah 360,000 pound (RM1.8 juta).
Bekas yang digunakan untuk meletakkan berus buluh China itu dibawa ke kedai tersebut dalam beg bersama bahan-bahan terbuang lain, namun seorang daripada pekerja kedai berasa tertarik kerana berpendapat ia mungkin mempunyai nilai sejarah.
Ia kemudian ditunjukkan kepada John Axford, dari firma lelongan Woolley and Wallis, Salisbury, yang merupakan seorang pakar mengenai objek dari China.
Menurut Axford, bekas itu mungkin dihasilkan antara tahun 1662 hingga 1722 oleh seorang artis China terkenal ketika itu, Gu Jue.
"Walaupun bekas buluh itu sudah merekah dan dasar serta gelungannya sudah diperbaiki dengan tampalan gam, ia tetap laris di kalangan peminat berbangsa Cina kerana mempunyai nilai tersendiri," katanya.
Bekas dengan ukuran 16.2 sentimeter tinggi dan diameter 14.5 sentimeter itu diukir teliti dengan lukisan unik termasuk menggambarkan ahli falsafah China, Laozi dengan lembunya.
Ahli falsafah agung itu duduk bersama 12 watak dalam pelbagai peranan berbeza di bawah pohon pain dan di tepi sungai yang mengalir dengan landskap pergunungan yang cukup menarik.
Ia kemungkinan menggambarkan sebuah puisi lama yang terkenal bertajuk, Kehidupan Menyenangkan di Tanah Unggul.
Menurut Axford lagi, bekas tersebut masih boleh diperbaiki, namun hanya dua atau tiga individu sahaja yang mampu melakukannya

Catat Ulasan

7 Ulasan

Shaiful Zaidi berkata…
nilai seni itu ketakterhinggaan..
Unknown berkata…
perrrg, mahal giler.
Azlan Strider berkata…
rezeki..sape tau benda rosak dan uzur macamtu pun mempunyai nilai yang tinggi..hehehe

Regards,
-Strider-
miss kecoh berkata…
membazir jekk.. baik beli umah ke.. ape ke.. jum baca artikel saya..mungkin menarik.. cekidout~
Unknown berkata…
dasyat. mahal gile..


http://fadthnwan.blogspot.com/
Tanpa Nama berkata…
diorg memang orang seni. menghayati setiap ukiran yang terpahat.

orang macam syieda ni kayu. xtau ape tu seni. kekeke.. silap2 syieda buang je :p
Cikrosecute berkata…
dahsyatnya...mahal betul..