‘Bom’ diseludup ke Stadium Olimpik

‘Bom’ diseludup ke Stadium Olimpik

Beberapa jam sebelum Taman Olimpik London dibuka secara rasmi, aspek keselamatan di situ menjadi tanda tanya apabila seorang pekerja berjaya menyeludup masuk sebutir bom palsu.

Lelaki terbabit melepas dua kawalan keselamatan tanpa ditahan.
Menurut media, lelaki terbabit membawa bahan peledak melepas kawalan keselamatan yang sepatutnya ketat di kompleks itu.


bom
Objek berkenaan dibuat seolah-olah sebutir bom sebenar - lengkap dengan wayar dan jam - dibawa masuk dalam jengkaut dipandunya tanpa diperiksa.
Menurut media, insiden itu membayangkan kemungkinan menakutkan apabila Sukan Olimpik dilangsungkan di situ tidak lama lagi.

“Pelampau seperti al-Qaeda boleh melakukan aksi di situ untuk menarik perhatian dunia,” lapor akhbar tempatan.








Akhbar The Sun melaporkan, mereka berpakat dengan seorang pekerja di situ selepas mendapati kawalan keselamatan mempunyai banyak kelemahan.


“Ketika pekerja itu memandu masuk jenteranya, pengawal gagal mengesan apa-apa yang mencurigakan,” lapor akhbar itu.




Insiden itu berlaku kira-kira 24 jam sebelum 40,000 orang berkumpul di situ untuk majlis pembukaan Stadium Olimpik.


Sukan terbesar di dunia itu berlangsung 82 hari lagi.


Sebaik masuk ke stadium, pekerja terbabit mengambil gambar ‘bom’ berkenaan secara terbuka bersebelahan apartmen yang bakal menjadi perkampungan atlet tidak lama lagi.


Dianggarkan 17,000 atlet dari seluruh dunia akan berkampung di situ sepanjang temasya berkenaan.


The Sun melaporkan, selama 25 minit pekerja binaan itu berkeliaran di kawasan berkenaan dan sempat bergambar di depan stadium.


Apabila ditunjukkan kepada Pejabat Dalam Negeri, mereka berkata, aspek keselamatan terletak di bawah tanggungjawab penganjur.


Sebanyak �1 bilion (RM5 bilion) diperuntukkan kepada aspek keselamatan dalam Sukan Olimpik kali ini dengan menempatkan 23,700 pengawal di beberapa lokasi strategik.


Taman Olimpik juga dikelilingi pagar elektrik sejauh 17.7 kilometer yang menelan kos �80 juta (RM394 juta

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
melampau betul untuk menarik perhatian dunia dengan mengancam keselamatan orang lain..