Cawan Lady Gaga Di Lelong

Cawan Lady Gaga Di Lelong

lady gaga
Beberapa peminat menawarkan lebih empat juta yen (RM151,350) untuk membeli sebiji cawan teh yang pernah digunakan oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga dalam satu lelongan amal di Internet.
Lelongan itu bermula semalam dan berlangsung selama lima hari.
Set cawan dan piring buatan China itu pernah digunakan oleh Lady Gaga pada satu sidang media di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda bahagian timur laut Jepun pada Mac tahun lalu.
Ketika itu, Lady Gaga memberitahu wartawan bahawa dia akan melelong cawan tersebut yang mempunyai tanda gincunya.
Cawan itu turut mengandungi autograf penyanyi itu.
Hasil jualan amal berkenaan akan digunakan bagi membantu membiayai artis muda Jepun yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.
Cawan tersebut dilelong di laman web Yahoo! Japan Auctions tengah hari kelmarin dengan harga permulaan ditetapkan pada satu yen (RM0.03).
Lelongan itu akan berakhir pada Ahad ini.
Sekitar 19,000 orang terkorban dalam bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun lalu

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
cawanpun noh...
Korn Ahmad berkata…
ade sape2 nak beli cawan aku pkai x? 10 hengget jer
Azlan Strider berkata…
wah..set minuman yang dia pakai pun leh lelong ker??hehehe..hebat!!!

Regards,
-Strider-
Siti Hajar Noh berkata…
knpe nk kene beli??? hehe