Felda Dapat Durian Runtuh

Felda Dapat Durian Runtuh

Tahniah buat kaum kerabat Felda yang dapat RM15,000 setiap isi rumah...wow!!!!
Pengagihan ini terjadi kerana tak lama lagi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan dalam bursa saham dan sebagai tanda menghargai mereka pampasan ini diberikan.
Suami RM5000, Isteri RM5000 dan anak-anak RM5000.....satu keluarga dapat duit!!!!

Dan semalam aku dan rakan ada buat lawak pasal anak-anak Felda yang dapat RM50000.
Rakan aku berkata" Fuhh!! kalau setiap peneroka itu ada 2 orang anak ..maka dapat RM2500"
Aku mencelah " Kau cuba cerita kat aku mana peneroka Felda yang anak bawah 5 orang"
Members aku mencelah" Dulu kan Felda dalam hutan, pukul 9.00pm dah tidur. Aku ra
sa tak mungkin setiap peneroka Felda anak bawah 5 orang...biasanya 7 atau 8 orang...."
Aku dan rakan-rakan ketawa sakan....

Tadi pagi tanya dengan rakan yang ayah mereka peneroka Felda untuk mengesahkan teori kami. Yes!! memang benar mengikut kaji selidik kami peneroka minimum anak 5 orang!!
So salah satu pertambahan penduduk Malaysia ini adalah sumbangan peneroka Felda..kekekeke

Aku rasa memang layak peneroka Felda dapat RM15,000 kerana dahulu mereka semua bersusah payah mengerjakan tanah peneroka tanpa kemudahan. Kerana mereka Felda ni berdaya maju. Setelah berpuluh tahun ..dah tua baru rasa pelbagai faedah.Yang untung sekarang generasi kedua Felda ler....

Berkenaan saham Felda pula aku tak mahu komen tapi pandangan peribadi aku ialah aku tak setuju atas beberapa sebab. Tapi setiap dasar yang dibuat pasti telah dikaji oleh kerajaan maka kita lihat sahaja. Yang penting sekarang Pengerusi Felda iaitu  bekas Menteri Persekutuan Mohd Isa yang turun pangkat pasal rasuah harus memastikan perjalanan Felda adalah telus kerana tak lama lagi Felda akan menghadapi lambakan wang yang terlalu banyak!!! Salah pembelanjaan maka hancurlah Felda. Banyak contoh yang boleh kita berikan...
Tahniah buat mereka

Catat Ulasan

1 Ulasan

Miss Purple Ungu berkata…
syukur... miss purple dpt gak merasa durian runtuh ni hehe :)