Hanif Blog Pageview 300,000

Hanif Blog Pageview 300,000

pageview
Ini adalah sebuah entri santai ..nak beritahu target aku nak capai 300,000 pageview telah tercapai.
Selain itu meraikan 2 tahun aku berblogging sejak tahun May 2010.
Lama juga aku berblogging ini dan syukur alhamdulillah masih maintain lagi berblogging seperti biasa.
Aku berharap selama 2 tahun berblogging aku tidak mencipta musuh dan dosa..
Hanif Blog hanya sebuah blog santai sahaja..

Dalam masa 2 tahun ini, angka 300,000 pageview  sebenarnya bukanlah satu kebanggan yang mutlak kerana ada blogger lain dalam masa 2 tahun perolehi 1 juta pageview seperti ariff.shah. Tapi sebagai target peribadi aku , ianya adalah satu semangat untuk terus berblogging.

Walau pun pageview ini boleh dibahagikan kepada traffic organic, tak organik atau unik atau apa-apa istilah yang digunakan oleh masyarakat blogger dan juga  pageview juga berkait rapat denagan bounce rate yang menguji kebaikan blog kau.  Namun lupakan itu semua, yang penting aku nak menikmati 300,000 pageview aku ....hehehehhee.

Sebenarnya pageview ini datang dari pelbagai sumber, samada carian secara langsung dari rakan-rakan blogger. Atau carian dari search engine seperti Google atau Mozilla.

Carian secara langsung dari rakan -rakan blogger memerlukan kerja keras sebagai blogger iaitu anda mesti selalu BLOGWALKING  samada rakan-rakan blogger yang anda kenali atau belum dikenali. Setelah dikenali maka traffic akan datang dengan sendiri.

Manakala carian enjin pula berdasarkan keyword entri anda yang disokong beberapa asas SEO seperti  alt, image dan  heading tag untuk memudahkan pencari maklumat senang menuju ke blog anda.
Sebagai contoh kalau anda taip hanif maka Hanif Blog akan berada dalam carian pertama hingga kelima. So potensi untuk diklik ke blog anda adalah besar...

Selain itu sistem ping juga memainkan peranan yang besar dalam menyumbang traffic anda. Aku suka sangat pada ping.busuk, blogger.my kerana sumbangan traffic mereka amat besar sekali . Manakala sistem ping auto beberapa laman sosial anda seperti FB, Twitter, Digg, Stumbler, MySpace  dan lain-lain.. juga memainkan peranan penting dalam meningkat pageview anda.

Cara termudah dan effisien setakat ini aku lihat menambahkan traffic ialah menyertai segmen, giveaway atau peraduan yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Aku memang suka join segmen tapi masa kadang-kadang mencemburui. Aku kan bekerja agak susah nak bahagikan masa untuk blogwalking, join segmen, buat entri dan ping, maintainance blog...weii!!! pressure ..hahhahaha.

Cara-cara lain ialah menipu..saya ada buat banyak entri cara-cara menipu menambahkan traffic anda. Pelbagai laman yang menyediakan perkhidmatan ini atau cara profesional kita panggil auto traffic. Tapi tak baik ler buat benda macam ni kan ... terpulang pada diri masing-masing.

Dalam kegembiraan 300,000 pageview namun aku sedih kerana Alexa Rank aku jatuh berdentum-dentum dan page rank aku lak masih PR1.

Penambahan pageview tidak bermakna anda seorang blogger yang otai. Ia hanya nilai sahaja tapi untuk melihat kualitinya perlu dilihat dari segi traffic organic dan bounce rate yang saya katakan dulu..
Malahan ada pernah terjadi, blog yang traffic yang tinggi tidak seberapa selalu mendapat BE Nuffnang dan juga mendapat pagerank yang baik..
Itu adalah misteri blogging tapi sekali lagi saya katakan...semangat untuk berblogging akan terus berkembang jika anda mempunyai visi.

Saya nak pageview 100, 000 itu permulaan saya terus berblogging walaupun permulaan mendapat traffic yang rendah dan apatah lagi komen..nasib baik kalau satu hari dapat 1 komen.
Saya nak naikkan followers ...
Saya nak PR1....
Saya nak komen sehari 20 komen....
Melalui visi ini maka anda akan terus semangat berblogging kerana inginkan saingan ...kalau tak anda akan bosan... dan saya cerita dari pengalaman ini.
Thanks

Catat Ulasan

5 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tahniah matlamat tercapai..hihi
Niza Romli berkata…
Wahhh tahniah anip :)
anda mmg mesra alam....:)
Abu Bagi berkata…
wah tahniah la bro.. blog mcm ni mmg bnyak pengunjung..
Pecinta pink^^ berkata…
wah tahniah2..kita baru je belasan ribu pageview..hikhik.by the way thanx En hanif di segmen ni http://akmaluv90.blogspot.com/2012/05/segmen-aku-nak-jadi-blogger-famous.html
Unknown berkata…
tahniah2, 300000 pv tu dah kira banyak :)