Iklan "Pad" Wanita Menggelikan

Iklan "Pad" Wanita Menggelikan

pad
Sebenarnya dah lama nak buat entri ini tapi rasa macam bersalah tetapi tempoh hari aku ada melihat satu iklan "Kotex" yang menunjukkan seorang wanita yang gembira akan pad yang lebih besar, panjang, luas dan menyerap lagi baik..hehehehe.

Pada Suatu hari, Makcik yang duduk kat sebelah aku kata.
Makcik tu kata "Iklan macam ni pun nak tunjuk"
Makcik tu kata lagi " Dulu, masa makcik nak beli pad ini siap berbalut dengan kertas sebab segan. Tapi sekarang selamba ajer. Kadang-kadang ada suami yang belikan untuk isterinya".
Aku pun mencelah" Makcik, sekarang ni zaman moden open minded. Saya tengok tak teransang pun..." sambil bercakap dan membuat lawak.
Makcik tu menjawab "Kepala hotak kau, ni kan hak perempuan. Takkan nak tunjuk sana sini. Kalau budak2 kecik tanya macam mana kau nak jawab!!"
Ahhh.....dah mengamuk lak makcik ni....hehehehehe.

Bila difikirkan kembali pendapat makcik itu aku boleh terima. Mungkin aku tak teransang atau ghairah kerana mungkin aku sudah berkahwin dan matang. Perkara sedemikian adalah suatu pengetahuan  yang aku tahu mesti dialami oleh setiap wanita.

Tetapi jika kita di dalam zon remaja, melihat Lisa Surahani  mendaki gunung sambil lensa kamera menontonkan punggungnya ketika mendaki bukit tentu akan ujud satu kegeraman pada remaja-remaja yang tengah meningkat hormon mereka. Dan selain itu sudah pasti ujud satu tanda tanya dikepala mereka apa yang cuba dipertontonkan oleh iklan tersebut.
Kerana "pad" dicipta eksklusif khas untuk wanita bukan untuk lelaki!!!
Apabila ujud tanda tanya yang tiada jawaban maka sudah tentu usaha akan dilakukan untuk mencari jawapannya....hehehehhee.

Selain itu seperti aku katakan "benda" ini adalah hak eksklusif wanita, tak sepatutnya dipertontonkan kepada masyarakat melalui media TV. Pelbagai cara lain boleh digunakan seperti menggunakan lembaran khas untuk wanita atau pelbagai cara lain. tak perlu memomokkan punggung gebu Lisa Surahani atau Adibah Noor....hehehehehe.

Mungkin budaya sesuatu bangsa itu menghalalkan iklan sedemikian tapi adakah budaya kita yang mengamalkan nilai-nilai murni selayaknya dipertontonkan iklan sedemikian. Geli rasanya bila melihat iklan sedemikian. Adakah dunia semakin maju maka perkara sekecil ini tidak harus diperdebatkan.

Bila perkara sekecil-kecil inilah apabila tidak diperdebatkan maka akan berlarutan ke arah tindakan yang lebih berani.

Apabila aku membuat entri sedemikian adakah aku akan dilabel sebagai manusia konservatif yang masih berpaksi pada pemikiran kolot. Adakah aku akan dikategorikan manusia yang tidak mengikut perkembangan zaman dan tidak cuba berubah!!!
Atau yang lebih teruk lagi adakah aku cuba menidakkan hak kebebasan wanita!!!!!

Catat Ulasan

16 Ulasan

Niza Romli berkata…
bila tengok iklan lisa tu..selalu terpikir, yusri tak marah ke? ada ke patut lensa tu tuju kat punggung je. rasa malu lah.
Korn Ahmad berkata…
aku xde ape nak kome.. cume aku nak bgtau au suka lisa surihani... biar la die da kawen pon... hahah
Unknown berkata…
hmm...sangat sensitif...tapi pihak pengiklanan tidak memikirkan keaiban itu, tapi memikirkan keuntungan penjualan produk (^___^)
DekNie berkata…
promosi produk punya pasal... semua org dah open minded skang ni.. si pelakon iklan pon setuju je sbb masyyuukkk....
miloaiskurangmanis berkata…
iols juga tak berapa berkenan ngan iklad pad wanita yg disiarkan kat tv...
porn lite-lite sugi.... tak perlu bogel.. cukup sekadar zoom ke bontot pelakun! duhhhhh!~
bagi pendapat iols lah,...
sokong2 !!,sy sbgai pompuan pon kdang2 malu nak tengok..ape2 ntah je iklan..tapi t'ringin nk tengok iklan dri luar ngara..bleh cri x?pastu wt entry ..hehe
shahdiana berkata…
mak akak pun guna ayat yang sama macam makcik tu...dulu-dulu nak beli pads pun segan...sekarang siap letak reka bentuk kat tivi...siap zoom lagi pulak tu...
THE AUTHOR berkata…
ingatkan ada orang nak marah aku tulis macam ni..kekekekke.
Nasib baik semua pengomen all open minded....hahahha
MalizaMah berkata…
PERNAH TGK IKLAN TU...
dan terfikir..
boleh ea iklan mcm tu...
pelik pelik...
apa yg nk dismpaikan tak kena jer.
cik asam jeruk berkata…
a'ah baru nk ckp pasal camera tunjuk bontot lisa tu..xmalunye die.cikasam pon tau malu..eiii
Tanpa Nama berkata…
hurmm memg betul pun...dunia dah nak hampir kpd kiamat kan? macam2 iklan skrg ni yg wat kita sbg penonton @ pembaca segan dan malu nak tgk..huhuhu
Aida.Ohno berkata…
diaorang tak boleh nak pikir sebelum buat.orang ramai pulak anggap benda ni remeh dan simple.that's why iklan2 pasal bende alah ni makin banyak.
Miss Purple Ungu berkata…
dulu2 x byk pun iklan pad mcm skrg kan :)
liyanazahirah berkata…
iklan lissa tu mmg x patut..tanpa rasa segan silu langsung..
Aimacomel berkata…
memang byk iklan camni kt tv.. malu & segan kan bila tengok..
Unknown berkata…
ye lah.. actually orang2 yang buat iklan2 ni dah biasa kot.. and mungkin nak biar masyarakat terdedah and tak kolot sangat.. tambahan pula, orang memang suka benda2 gitu.. so, makin lakulah jualan diorang.. hoho, so makin susahlah para isteri nak mrangsang suami diorang bila lelaki2 dah biasa perkara ni.. haha.. (saya masih bawah umur, tak faham.. ngeee )