Kaki Wayang: The Avenger

Kaki Wayang: The Avenger

the avengers
Pada 1.05.2012  aku bersama anak-anak menonton filem terbaru dan panas The Avenger.
Aku terpaksa kena nonton cerita ni sebab ramai sangat  kasi ranking yang baik terhadap filem ini dan aku akui  filem ini memang best.
Aku kasi 4.8/5 ranking filem ini.....
Filem ini sememangnya mempunyai aksi-aksi dan pengajaran untuk semua orang iaitu kerjasama !!!!
Walau pun kita berlainan pendapat atau berlainan kuasa, namun akhirnya kita perlu menolong antara satu sama lain.
Kalau aku cerita sinopsis pun kau orang dah boleh baca kat banyak blog-blog tertentukan...!!!

Selain itu aksi dan teknik perlawanan yang sentiasa penuh aksi membuat kita tak senang duduk...
Sentiasa berdebar-debar menanti perlawanan seterusnya..
Namun aku kena beritahu juga pada semua. Kalau anda belum menonton:
a) Thor- dimana Thor dianiaya adiknya Loki
b) Captain America - Macam mana asal usul Captain America dan timbulnya cerita tentang kiub kuasa tersebut
c) Iron Man 1 and 2 - macam mana ujudnya agen Phil  dan rancangan Avenger.
d) Hulk - tak penting sangat ler...sebab semua dah tahu asal usul dia..
Yang penting anda kena tengok Thor dan Captain America baru anda faham jalan cerita ini kerana ia gabungkan semua filem-filem ini dan masukkan ke dalam cerita The Avenger ini..
Sebab orang jahat dalam filem ini ialah Loki iaitu adik Thor dan mereka berebut satu kiub rahsia yang dijumpai masa zaman Captain America...
Serius dan nasib baik aku dah tonton semua filem-filem ini .......

Jom tonton  cerita ini dan aku janji anda akan disaji keenakkan perlawanan dan semangat setiakawan. Bagus untuk anak-anak dan ibu bapa walaupun aku rasa ia  dalam kategori PG13 kot..
Dah lama tak menonton filem tentang kerjasama dan tolong menolong....yang last aku tengok pasal tolong menolong filem Disney  ajer... dan Wonderpet..hehehehehe

Catat Ulasan

3 Ulasan

ezzard ruzlan berkata…
The best combination ... memang menarik movie tue..
Denaihati berkata…
review rating tinggi, nak kena tonton nanti.
beckhrooy berkata…
baru je tgk cite ni, blh thn jga