Lady Gaga batalkan konsert jelajah Asia

Lady Gaga batalkan konsert jelajah Asia

lady gaga
Bintang pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga yang sebelum ini berhasrat menunda tarikh konsert jelajahnya bercadang mahu membatalkan terus konsert tersebut, kata pengurusnya, Troy Carter semalam.

Ia berikutan beberapa konsert jelajahnya yang dicadangkan berlangsung di Asia mendapat bantahan keras daripada kumpulan-kumpulan agama dan konservatif.

Menurut Carter, konsert jelajah Lady Gaga mendapat bantahan di Korea Selatan, Indonesia dan Filipina sejak dari awal ia diumumkan lagi.

"Kami akan membatalkannya," kata Carter dalam satu persidangan muzik di Singapura.

Penganut Kristian konservatif di Korea Selatan, Filipina dan kumpulan agama Islam di Indonesia mengkritik penyanyi berimej pelik itu kerana sering mempromosikan tingkah laku tidak bermoral, manakala kebanyakan lirik lagunya disifatkan sebagai memuja syaitan.

Polis Indonesia tidak mengeluarkan permit kepada penganjur bagi konsert yang dijadualkan pada 3 Jun depan di Jakarta selepas mendapat ancaman keganasan daripada kumpulan-kumpulan militan.
Lady Gaga dijangka mengadakan 110 buah konsert pada tahun ini berikutan kejayaan album Born This Way yang terjual lebih enam juta unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada Mei 2011

Catat Ulasan

6 Ulasan

yayahnasake berkata…
TAG TAG

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-pencarian-bloglist-june.html
Anis berkata…
elok la tu batal..lagu puja setan nak buat apa.. sokong 100% :)
MalizaMah berkata…
ohh gitu... batal dah...
ermmm....
Unknown berkata…
laaa. tak jadi pula dia nak lancarkan konsertnya.
Unknown berkata…
bukan peminat Lady Gaga dan tak nak ambil tahu. LOL
amranaiman berkata…
baru nk g tengok dh batal.. x jadila plak haha :D