Ini bukan entri poilitik..
Semalam pada 6.05.2012 di kampung aku (sebenarnya taman) Bandar Hilir ada mesyuarat Agung Tahunan UMNO.
Seperti biasa aku yang merupakan ahli biasa UMNO menghadirkan diri hanya untuk melengkapkan kedatangan supaya mesyuarat boleh dijalan.
Dan terpaksa datang kerana balai raya hanya depan rumah aku...hehehehehe.
Kami memerlukan sekurang-kurangnya 70 ahli mesti menghadirkan diri jika tidak mesyuarat terpaksa ditangguhkan. Nasib baik yang datang 75 orang dari beratus-ratus ahli yang ada.
Mesyuarat Wanita dimulakan dahulu dan setelah selesai baru dimulakan mesyuarat agung.
Dan merupakan kewajipan dalam mana-mana mesyuarat UMNO kami dipaksa menyanyi lagu UMNO.
Aku dan beberapa orang pemuda kampung menyanyi dengan lantangnya.
Biasalah kami semua adalah bekas Raja Karaoke yang dah lama tak menyanyi, so lagu UMNO pun jadilah ..janji dapat nyanyi....hehehehe.
Setelah pengerusi iaitu adik kepada Ketua Umno baca doa kemudian diserahkan kepada Ketua UMNO aku.
Ketua UMNO aku yang merangkap Tok Sidang dan Pengerusi JKKK kampung pun dengan semangat berkobar-kobar menyuruh bersiap sedia menghadapi PRU13.
Aku lihat wakil penggerakkan Pemuda Jalan Panjang sorang pun tak datang, yang datang hanya Ketua Pemuda ajer. Ketua Pemuda kena datang sebab terpaksa hadir ..
Di kampung aku ni Pemuda dan Ketua Umno memang tengah gaduh... pasal kepentingan politik lerr..
Aku malas nak campurtangan, tapi Ketua Pemuda tu pandang aku semacam ajer mungkin aku terlupa nak datang meeting Pemuda tempoh hari.
Kau tak ajak aku macam mana aku nak datang..!!!
Aku neutral dengan kedua-dua pemimpin. Agaknya dia orang tengok aku macam baik dengan Ketua UMNO, dia orang ingat aku sokong Ketua UMNO. Dah rumah dia dekat dengan rumah aku takkan aku nak sombong, lagipun kat kampung ni aku anak muda contoh yang selalu tegur orang tua..heheheheheh.
Sebab tu time aku salam Ketua Pemuda dia buat dek ajer. Lantak kau ler......
Dah ler rambut nak botak ...gigi berterabur, nak eksyen lagi....pelajaran tak setinggi mana..aku rasa kalau aku tanya apa tu Window mesti blurrr (gaya orang Melaka kutuk)
Pening aku melihat politik kampung aku ni. Untuk pengetahuan semua, cawangan aku ni di Bahagian Kota Melaka iaitu kawasan DAP. Macam mana nak menang kalau orang bawahan yang menggerakkan UMNO ni bergaduh sesama sendiri..
Apa pun mesyuarat semalam berjalan dengan lancar..
Dan sekarang ni kat Melaka kalau kau nak berucap kau kena ucap ni dulu..
Salam Satu Malaysia..
Melaka Maju Negeriku Sayang,
Bandar Teknologi Hijau.
1 Ulasan
http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-ungkapan-kelahiran-nal.html