Inilah kandungan artikel oleh Metro berkenaan perkahwinan Kaum Penan Bertajuk "
Ibuku Isteriu, Bapaku Suamiku".
Itulah tanggungjawab seorang wartawan yang mampu mengegarkan masyarakat kerana kuasanya penyampaian luas..So lainkali hati-hati ... Dan tahniah buat Metro kerana berani meminta maaf..Aku tabik editor dia..
Ibuku Isteriu, Bapaku Suamiku".
Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara
dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
5 Ulasan
-santaileeza-