Muzium ketam di bandar Rusia

Muzium ketam di bandar Rusia

ketam
 Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk.
Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini.
Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu.
Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20.
Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.
Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Azlan Strider berkata…
owh..baca tajuk igtkan ketam binatang tu..rupanya ketam utk kayu tu ek..hehehe

Regards,
-Strider-
THE AUTHOR berkata…
aku pun tertipu gak..hehehe
Tanpa Nama berkata…
belek-belek punya belek rupanya ketam kayu. kekeke ingatkan ketam yang boleh masak lemak cili api tu. haha :)
Cikrosecute berkata…
hahaha pernah tengok..orang buat rumah guna ketam..