Salam Satu Malaysia. Hari ini nak buat entri pasal rabun sebab aku rasa aku dah dapat simptom rabun ini. Terdapat 2 jenis rabun iaitu rabun dekat dan jauh.
Melalui eksperimen yang aku buat semalam bersama rakan sekerja , apabila aku dekatkan kertas betul-betul kat mata aku, terdapat 2 tulisan berganda yang kabur-kabur...huhuhuhuhu.
Rakan sekerja aku kata, memang sah aku mengalami rabun dekat. Namun hati aku masih memberontak lagi..hehehhee.
So aku cuba senyap-senyap membaca dengan mendekatkan kertas dekat mata aku, keputusannya gagal...hehehehehehe.
Pada pandangan aku antara rabun dekat dengan rabun jauh adalah lebih baik rabun dekat!!!
Tapi kalau tak rabun lagi bagus!!
Kenapa aku kata rabun dekat lagi baik. Sebab kalau anda rabun jauh anda akan menyebabkan kemalangan ketika memandu. Ketika memandu anda harus menumpukan perhatian di jalanraya. Dan kalau anda rabun jauh macam mana nak menentukan kereta di hadapan anda atau motosikal yang tak der lampu belakang atau orang yang melintas jalan rata. Bahaya!!!
Kena sentiasa menggunakan cermin mata.
Rabun dekat hanya melibatkan pembacaan yang memerlukan anda membaca dalam jarak yang dekat atau tulisan yang terlalu kecil. Ok ler tu...hehehehehe.
Jangan kecik hati pada aku sesiapa yang rabun jauh.....hahahahaha.
Sudah tentu aku akan memenangkan semua individu rabun dekat.....
Tapi kalau tak ada simtom ini lagi baik. Rindu aku kepada semua tulisan-tulisan halus dan kecik-kecik pada suatu masa dahulu yang amat mudah aku baca. Kini kalau aku nak tengok tulisan kecil atau produk yang ada reject-reject kecil terpaksa mengguna kanta pembesar!!
Seiring dengan usia maka anggota badan yang dahulu sasa perkasa (perasan) dan segala urat-urat bagaikan dawai akan perlahan-lahan kendur. Apatah setelah kahwin, penjagaan yang sempurna dari isteri..asik-asik kasi makan..hehehehehehe...mengembangkan lagi perut yang dahulu six pack dan kini menjadi one pack.....
Adakah rabun dekat ini mengingatkan aku bahawa aku semakin tua....
Satu petanda membawa aku ke arah keinsafan melalui rabun dekat ini....
Persoalan demi persoalan...uahhhh!!!!
Kerana aku percaya setiap apa yang berlaku pada kita ada sebabnya..
5 Ulasan
terjahh sini:-)
http://blogslucumenarik.blogspot.com/
heheheheh