Dua tiga hari lepas aku ada baca di suratkhabar berkenaan penjawat awam tidak mampu beli rumah yang berpendapatan bawah RM3000.
Aku punya berbulu dan membulu dengar perkara sebegini...lalu pekerja swasta pula semua bergaji RM3000 ke atas!!
Statement sedemikian ler ..yang menyakitkan hati pekerja swasta di Malaysia. Asyik-asyik penjawat awam....yang susah. 4% bukannya besar sangat!! Pada pekerja swasta yang beli rumah...nak loan pun susah. Macam-macam minta. Kalau penjawat awam senang ajer diluluskan kerana ada tolakan gaji dengan bunga tetap 4%.
Kadang-kadang CUEPAC ini..melampau-lampau sehingga menyebabkan aku menjadi marah...
Aku tengah marah ini...hehehehehee.
Penjawat awam bernasib baik kerana CUEPAC anda aktif tapi untuk pekerja swasta ini MTUC ini slow sangat..!!!
Sebenarnya inilah luahan sebenar pekerja swasta di Malaysia, kalau nak harapkan MTUC cakap sedemikian. sampai kucing bertelur pun tak tentu punya. So aku mewakili pekerja swasta sebenarnya dah bosan asik-asik demand yang dipenuhi hanyalah untuk penjawat awam!!
Berita:
Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.
18 Ulasan
tapi ini kenyataan untuk pekerja swasta yang sering dipinggirkan dari hak mereka...
manja sangat diorang ni..dah berlemak pulak tu.