Selamat Hari Ibu dan Bukan Senang Jadi Ibu

Selamat Hari Ibu dan Bukan Senang Jadi Ibu

hari ibu
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu Sedunia.
Ada yang kata Hari Ibu adalah Haram di sambut..tapi bagi aku itu niat...Masing-masing punya pendapat..

Setiap anak yang lahir ia tidak lahir sendiri pasti ada yang mengandungkannya 9 bulan..melayan karenah mual sepanjang 9 bulan..

Lepas tu tiba masanya melahirkan anda dengan kesakitan untuk membenarkan anda melihat dunia ini. Kalau ibu-ibu yang kena operate lak..terpaksa menahan nak berpantang dan menjaga kesan pembedahan nya lagi..

Bila dah jadi baby..ibu anda tidak terurus terpaksa melayan kau ajer siang dan malam..salin lampin ..layan kau nangis....layan nak menyusukan kau...

Bila kau dah masuk sekolah lak...terpaksa hantau kau pergi sekolah. Belikan peralatan sekolah dan segalanya agar kau jadi manusia berguna....Kalau kau tak pandai pun ...ia akan pastikan kehidupan kau terurus...

Bila dah besar...kau mengatal nak kahwin...ibu kau kau terpaksa merisik atau dirisik. Sibuk sana sini kumpul duit nak langsungkan perkahwinan kau. Kalau kau bermegah perkahwinan kau pakai duit kau namun ibu kau tetap sibuk menyediakan perancangan perkahwinan kau agar berjalan dengan lancar. Belum campur lagi berpeluh-peluh menjemput sanak saudara...

Kau dah kahwin dan dapat anak..kadang-kadang ibu kau jaga anak-anak kau kerana kesibukan kerjaya masing-masing....
Dan kini apabila kau menjadi ibu...baru kau tahu bukan senang jadi ibu...
Kalau ibu kau marah-marah bukannya dia tak sayang kau tapi dia TAKUT kau tersasar dalam kehidupan....

Selamat Hari Ibu!!!
Aku sayang semua perempuan yang bergelar ibu...Serius!!! kekekeke

Catat Ulasan

3 Ulasan

Ain Zayy berkata…
bukan mual2 je..sakit tulang belakang lah..bnyk lagilah...mcm2..hanya perempuan je yg rasa..lelaki pe tahu..hehe

papepun..selamat hari ibu! ehh ?
haha
Anisa Anuar berkata…
sbb kalau xde perempuan, xde la wujudnya lelaki kn...
nia berkata…
mujurnya kalau semua lelaki mcm ni. faham akan nilai ibu.
terharu..
serius.