Semoga Chong Wei Cepat Sembuh

Semoga Chong Wei Cepat Sembuh

chong wei
Apa nak kata, dah nasib menimpa Chong Wei ketika perlawanan tempoh hari kaki dia terseliuh. Memang nampak clear kaki Chong Wei terpeliut...
Tak lama Sukan Olimpik akan menjelma dan semalam memang nampak kecoh disebabkan kecederaan Chong Wei ini.
Sememang Malaysia amat berharap Chong Wei akan membawa emas pulang ke Malaysia dalam sukan Olimpik ini.
Dan semalam pun aku melihat Chong Wei menangis kerana tidak dapat meneruskan perjuangan Piala Thomas ini...
Dan aku juga tahu ia amat susah hati akan kecederaannya hingga tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik nanti. Ini peluang terakhir Chong Wei mencipta sejarah hidupnya yang terunggul dengan memenangi emas dalam Sukan Olimpik.
Kita sama-sama berharap Chong Wei akan cepat sembuh demi dirinya dan Malaysia!!!
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk merawat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei agar bepeluang untuk beraksi di kejohanan Olimpik London.

"Kita akan melakukan rawatan secara terperinci selepas ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) diperolehi kerana buat masa ini kita masih belum dapat menilai tahap kecederaannya," kata beliau menerusi sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ini berikutan keadaan Chong Wei yang mengalami kecederaan di bahagian buku lali kanan ketika menentang pemain Denmark, Peter Hoeg Gade dalam pusingan peringkat kumpulan C, semalam.

Sehubungan itu, Chong Wei terpaksa menarik diri dari meneruskan persaingan ekoran kecederaan yang dialaminya bagi mengelakkan ia bertambah teruk.

Ketika ditanya tempoh jangka masa yang akan diambil untuk mengembalikan kecergasan Chong Wei, Ramlan berkata, semuanya bergantung kepada tahap kecederaan yang di alami oleh pemain itu.

"Apa-apa pun kami akan berusaha untuk merawat Chong Wei sehingga mencapai tahap kecergasan yang baik, yang penting tetapkan semangat dan beriltizam," tambah Ramlan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

yayahnasake berkata…
TAG TAG TAG

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-2-bloglist-june.html
Kemboja Putih N berkata…
menangis dia semalam...kecewa...tp itu adat permainan...
teratai berkata…
Ohh kesiannya Chung Wei...moga dpt beraksi nanti..