Ini adalah susulan pembelian nombor WWW 1 oleh Sultan Johor yang berharga RM520,000. Pastinya ujud pertikaian kerabat raja yang menggunakan uang kerajaan untuk membeli plat semahal itu.
Dibawah ini adalah keterangan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim bahawa kerabat Diraja Johor tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan malah peruntukan wang disalur kepada Yayasan.
Sebab tu aku hairan apasal orang Johor ini hormat sangat Sultan Johor ini. Aku ada dengar Sultan Johor ini berhati rakyat dan sering membantu rakyat. Dan melalui keterangan dibawah ini aku sudah faham..Anda pula?
( Aku orang Melaka,mana ler tahu pasal benda ni..hehehehe)
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil sesen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, baginda bertitah, perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.
Tempoh pemerintahan Kesultanan Johor dari era Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar hingga kini adalah selama 117 tahun. Almarhum Sultan Ibrahim memerintah Johor dari 1895 hingga 1959.
"Semua wang yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada beta dan ayahanda beta setiap bulan telah disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim," titah baginda
9 Ulasan
untuk kesejahteraan Malaysia
duit berapa nilai itu kepada jpj
duit tu kepada Kerajaan Malaysia
ikut kerajaan Malaysia lah nak buat pembangunan/bantuan kepada rakyat mcm mana
kiranye tanpa duit belian no pendaftaran itu - kurang pendapatan kerajaan Malaysia
kadang-kadang manusia hanya berfikir dirinya benar. sedang dirinya menyempitkan pandangan. Sedang bercakap tentang orang lain adalah lebih baik berdiam diri - moga saya lebih berdiam diri bila berbicara sesuatu yang saya tidak tahu