Sumpah Depan Api

Sumpah Depan Api

“Tak mboh (nak) buat lagi doh, sumpah depan api. Kalau kena tangkap sekali lagi, (hukum) penjara teruslah,” kata seorang duda, Sulong Abdullah, 60, ketika membuat rayuan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat kali kedua dengan seorang janda di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Dalam rayuannya di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, datuk kepada lebih 20 cucu itu merayu supaya dikurangkan hukuman kerana sudah tua dan berjanji tidak mengulangi perbuatan tidak bermoral itu.
Malah, peniaga dari Kampung Tetambah, Manir, di sini, itu juga mengaku malu dengan anak dan cucu jika dikenakan hukuman berat termasuk dipenjarakan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa berada dengan seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya iaitu Normila Mahmud, 34, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kesom, Manir, di sini, jam 1 pagi, pada 11 Mei tahun lalu.




Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.


Selepas mengambil kira rayuan tertuduh daripada segi faktor usia dan janjinya untuk tidak mengulangi perbuatan sama, Kamalruazmi menjatuhkan hukuman denda RM2,700 atau dipenjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda.

Dalam penghakimannya, Kamalruazmi berharap hukuman itu memberi pengajaran kepada Sulong selain beliau merekodkan janji tertuduh untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
xpadan ngan dh berumur.. bile kena tangkap bru insaf.. ms kejadian xdak insaf pun.. moga dijauhi semua tu bile berumur kelak.. amin..