Sejak aku bergaul dengan dengan ramai blogger ini aku sering membaca post tentang mereka atau kawan-kawan mereka mencintai seseorang secara senyap. Biasalah ayat popular menghalalkan cinta sebegini ialah "Biarlah aku seorang sahaja yang tahu bahawa aku mencintai dia. Jika ditakdirkan jodoh aku dan dia sudah pasti kami akan bersatu...."
Tapi wajarkah tindakan sedemikian. Disini aku ingin mengupas ketidakwajaran perkara sedemikian,
Seorang profesor dari Ukraine pernah menyebut" Cinta sebegini adalah cinta penyeksaan emosi"
Kata-kata aku pula " Cinta yang tiada noktah kebahagiaan "
Kenapa?
Pertama sekali ialah anda akan membuang masa anda. Jika kita mencintai seseorang sudah tentu kita tidak akan berpaling lagi pada sesiapa pun. Dan pada masa yang sama, anda tetap menanti jawaban cintanya. Berapa lama hendak menunggu cinta yang bertepuk sebelah tangan?
Kedua ialah penyeksaan emosi. Bayangkan apabila hati kita telah dicuri dan tapi dia tidak menyedarinya. Terseksa jiwa dibuatnya, melihat orang yang dicintai setiap hari tapi tidak mampu meluahkannya. Ini bukan sikit-sikit punya penyeksaan emosi.
Belum lagi melihat si sayang bergurau dengan wanita/lelaki lain , cemburu pasti membuak-buak di hati anda.
Ketiga ialah menutup peluang untuk dicintai oleh seseorang yang lagi baik. Apabila anda sudah serahkan cinta pada si dia, automatik peluang-peluang lain untuk anda dicintai akan tertutup. Walau sehensem /secantik mana pun anda di goda namun hanya dia dihati. Mungkin orang itu lebih baik dari kekasih gelap yang anda cintai itu.
Ada pepatah berkata " Biarlah kita dicintai daripada kita mencintai orang lain. Kerana belum tentu jika mencintai seseorang itu, cintanya adalah sehebat cinta kita. Tetapi jika kita dicintai oleh seseorang , 100% cintanya adalah hebat dari kita."
Fikirlah nasihat saya ini, jangan menyeksa jiwa anda dan jangan membuang masa!!!
Jika suka terus terang katakan padanya anda suka padanya.. (untuk lelaki senanglah) .Teringat masa belajar kat U dulu, suka kat awek tu, lama gak pendam perasaan. Dah tak boleh tahan lalu aku kata kat dia aku suka dia. Dia kata, anggap aku sebagai rakan sahaja...
Pehh!!! masa tu frust tertonggeng-tonggeng aku dibuatnya..hehehehehe.
Nak pulihkan diri makan masa berminggu gak..apatah lagi kuliah yang sama, kena tengok muka dia setiap hari fuhh!!! susah nak maintain muka supaya tak sedih..hehehehehe.
Tapi that life of love!!! Adakala happy ending dan adakala memanjang ajer kena reject..kekekeke.
Itu zaman yang mesti dilalui oleh remaja....!!
Tapi kebaikannya, anda dah confirm bahawa dia memang tak suka kat kau!! So tak payahlah kau asik pikirkan dia ajer... So life must go on !!!!!!!
Sama macam kes wife aku sekarang, aku memang syok betul kat dia.. So macam mana nak approach. Kalau cakap terus terang kena reject lagi, payah gak..So aku ajak keluar tengok wayang...Mula-mula tak setuju...Kemudian aku ajak lagi, so dia pun setuju. Mahu 2 atau 3 kali juga kami keluar....hehehehe. Masa tu belum love-love lagi...
Kemudian aku jumpa timming baik punya, masa kilang aku buat family day kat PD ( di Teluk Kemang), aku cakap aku syok kat dia. You pula macam mana, aku tanya.
Dia kata OK....punyalah happy aku masa tu..!!!!
Nak ceritakan happy tu susah nak cakap...pendek kata malam-malam kau senyum sorang-sorang..hehehehe
Dan aku bernasib baik kerana mendapat seorang isteri yang terbaik!!!
Untuk lelaki aku rasa nak approach tak susah kan? Kalau kena reject pun , kawan-kawan ramai mengutuk kau. Sebab lelaki ini lain macam sikit feeling-feeling ini.
Kalau perempuan aku syorkan kau guna teknik yang aku guna kat wife aku. Janganlah kau ajak tengok wayang tapi ajak teman beli buku atau apa-apa jer. Kau kan wanita yang lemah perlukan lelaki perkasa untuk temankan kau..hehehehe.
Lelaki ini kalau kau gedik sikit sure dia mahu temankan kau punya...then masa keluar bercerita ler tentang diri dia dan kau....
Lama-lama baru love tu datang..kekekekeke.
Dan aku rasa lelaki tu memang bodoh-bodoh sangat kalau dia tak perasan kau sukakan dia...!!!!
Masa kau ajak dia keluar pun sure dia dah perasan...!!! Tapi anda masih selamat lagi kerana anda approach bukan terang-terangan macam aku ...
Kemudian biarlah masa menentukannya...
At least kau ada buat tindakan ...bukannya malam-malam peluk bantal bucuk bak burung hantu rindukan bulan..hehehehehe.
19 Ulasan
seksa kan kalau silent love ni.. selalunya, lelaki lah yg kena bertindak dulu..kalau perempuan yg mulakan susah sikit la..nanti orang kata perigi cari timba la pulak..huhu