Wanita bujang bengang dengan kamus atas talian Kementerian Pendidikan yang mentakrifkan “wanita baik” sebagai seseorang yang menumpukan perhatian kepada kehidupan keluarga dan memuja suaminya.
Beberapa Ahli Parlimen mengkritik kementerian kerana bersifat berat sebelah terhadap wanita belum berkahwin dan menggalakkan sikap cauvinis.
Kamus itu mentakrifkan, “karektor seorang wanita baik adalah dia fokus dengan kehidupannya dan keluarganya, memuja suaminya, menjaga anak-anak dan berusaha untuk menjaga perkahwinan yang bahagia dan harmoni.”
Ahli Parlimen, Lo Shu-Lei, seorang wanita belum berkahwin berkata, kementerian “masih tidak tahu kita berada di tahun apa,” dan “mendiskriminasi wanita belum berkahwin”.
Katanya lagi, wanita baik sepatutnya ditakrif sebagai seorang “berkeyakinan, kuat bekerja dan berdikari.
0 Ulasan