Aku memang tak boleh diet!!!
Dah malas kepala aku nak pikirkan tentang bagaimana nak kuruskan perut 1 pack aku ni..hehehehehehe.
Bercita-cita sejak 10 tahun yang lalu untuk mendapatkan 6 pack perut aku masih tak kesampaian...hehehehehe
Sebenarnya diet ini memang tak susah..syaratnya malam jangan makan.
Nasi jangan makan berlebihan...
Kalau rajin ...bersenam keluarkan peluh...
Itu sahaja syaratnya..tak susahkan ...
Serius!!! Kalau kau amalkan pasti berjaya.
Aku dulu amalkan..dalam masa 3 bulan turun 11 kilo bro... (itu dahulu)
Tapi aku GAGAL dalam perjuangan ni...dah berbulan aku nak cuba tapi tak berjaya.
Aku kasi contoh 2 hari ini sahaja dalam minggu ini sahaja!!!
Hari Pertama
Semalam aku sarapan pagi dalam pukul 10am...aku dah niat, tak nak makan sampai balik.
Kononnya nak mula berdiet ni...hehehehhe
Aku tekad hanya makan pagi sahaja, tapi apabila petang perut aku bergelora berdentum-dentum...
Tapi atas semangat waja yang tinggi aku tak makan!!!
Nak dijadikan cerita...
Masa aku nak balik dari kerja ..bini aku pun balik sama.
Dia beritahu demam teruk..alah keciannya...
So bini aku ajak makan tomyam kaw-kaw punya untuk redakan demam dia.
Dah sayang bini, so aku ikutkan sahaja.
Akhirnya bukan tomyam yang dimakan tapi Nasi Goreng Kampung, Telur Dadar dan Milo panas pun diorder...hehehehhehe
Untuk diet hari pertama dah gagal!!!
Hari Kedua
Aku sarapan makan lebih sikit sebab tak nak nanti petang lapar sangat..
Perjalanan diet aku berjalan seperti biasa, petang aku tak selapar semalam...bagus!!!
Duit aku bawa cukup-cukup untuk sarapan sahaja....( bijak aku kan..hehehehehe)
Dengan alasan aku takut termakan petang dan melanggar diet aku..
Nak dijadikan cerita,
Supplier aku ajak aku makan petang kat kantin sebab aku ada buatkan peta jalan ke Pulau Pinang
Dia nak pergi ke Botanical Garden tapi tak tahu jalan.
So aku buka Google Maps dan buat peta untuk dia.
Atas kerajinan aku , dia nak belanja aku makan...
Aku kata tak mahu tapi dia mendesak juga...
Akhirnya aku terpaksa ikut makan kat kantin juga...huhhuhuu. (nak jaga hati kawan-kawan)
So aku dah malas nak fikir tentang diet-diet ini....
Lagi kau nak buat, lagi macam-macam dugaan.
Aku cerita ini untuk 2 hari sahaja..sebenarnya banyak peristiwa lain yang mengagalkan diet aku ini.
Malahan aku pernah menyuarakan isi hati pada wife aku yang aku nak diet.
Kau tahu apa wife aku kata "Abang gemuk macam mana pun, Lin tetap sayang abang"
Sakit hati aku..
Itu namanya ayat penutup...kekekekeke.
16 Ulasan
Regards,
-Strider-
Good Luck bro!
Aku telan 2 keping..nak masuk 3 keping..
Lepas tu clerk sorang lagi kasi snack waffle cake...huhhuhu
apa2pon, gemuk takpe janji sihat.
dahulu, dia lalui kehidupan normal tnpa pk diet... tp berat badan dia 53kg tak lari..
skrg dia selalu pk dia nk turun berat badan smpai 50.. malang.. selalu ajer lebih