Nak tulis entri pasal duit pula....hehehhe
Semalam check akt Nuffnang aku tengok aku dapat BE lagi dari Nuffnang. Kali ini pengiklan dari Toyota Vios.
Aku pun check dan paling murah pun RM81K..ehemmm.
Memang kalau boleh nak pakai Vios atau Altis tapi poket tak cukup kembung nak membelinya...hahahahaha.
Thanks to Nuffnang dan advertiser yang sudi memilih blog aku...
Tak mahu cerita panjang-panjang pasal BE dan kini aku nak cerita pasal satu lagi iklan yang Nuffnang sediakan iaitu dipanggil Sponsor Post.
Inilah rupanya income sebenar yang boleh kita perolehi sebagai blogger...
Maksudnya pengiklan dengan rekemen oleh Nuffnang memberi anda satu assigment untuk memuji pengiklan tersebut melalui entri anda dalam blog anda dan anda kena upload juga entri tersebut ke Nuffnang.
So melalui entri tersebut anda akan memperolehi pendapatan yang lebih banyak dari BE.....hemmm!!!!
Tapi mula-mula Nuffnang kasi Sponsor Post dia test kot dulu dengan memberi upah RM1.
Tak per buat juga untuk ambil pengalaman.
Sebab tu ada blogger yang boleh jadi kaya-raya melalui blogging sahaja kerana mendapat Sponsor Post ini.
Tapi bukan semua orang boleh dapat Sponsor Post ini kerana syaratnya ketat. Minimum UV yang kau mesti ada ialah 1000UV.
So kalau mengikut pengiraan matematik tambahan aku dan dicampur dengan kebarangkalian.
At least anda mesti dapat 1600 pageview sehari minimum... kerana bukan semua pageview tu dianggap Unique Visitor.
Kat atas ada seorang blogger dah hantau tiket kepada awek Nuffnang tanya pasal Sponsor Post ini..
Walau apa pun kita semua patut rasa bersyukur kerana walau RM0.25 pun kita dapat ianya tetap bernama wang!!
Cuma sebagai manusia kita sentiasa tak pernah puas apa yang kita ada...betul tak!!
Tapi aku tetap bersyukur kerana tahun ini aku belum pernah putus BE sampai sekarang..
Dan apabila kepala kita asik berfikir tentang duit..duit...duit... Kembalilah ke jalan yang benar..hehehehe
Apa tujuan anda mula-mula berblogging...
Kalau nak duit ..buat blog berkisar perniagaan, ramai aku tengok blogger wanita jual tudung dan baju kat blog.
Duit pengiklanan ini kita anggap as bonus..atas usaha kita sebagai blogger. Jangan stress sangat yek..kekekekeke.
Macam aku kata tadi sebagai manusia kita sentiasa tak pernah puas apa yang kita ada...
Aku pun terkategori dalam kumpulan ini jugak...hahahhaha
Ini semua atas sokongan rakan-rakan blogger yang lain rajin BW ke blog aku .
Thank all!!!
Dan jom kita sama-sama berdoa agar dapat Sponsor Post lak...hahahahahahaha
11 Ulasan
saya BE nuffnang nie , alhamdulilah tiap2 minggu ada, tp dulu saya pernah dapat sponsor post daripada nuffnang tp saya x buat apa2 pun sebab x tahu apa maksud sponsor post tu...sekarang hanya dapat klik unix aje...ok lah. Alhamdulilah ...saya nak cuba dapat kan sponsor post sekali lagi...
Terima kasih atas info yang dikongsi....