Ini adalah entri sentap!!
Berblogging pada dasarnya ialah satu luahan pemikiran seorang individu yang ditinta ke dalam sesuatu blog. Dan semua setuju adakalanya luahan pemikiran seseorang individu antara seorang individu yang lain berbeza. Terutamanya apabila ia melibatkan suatu pemikiran yang subjektif atau ideologi tertentu.
Dan sebagai blogger kerap kali kita acapkan sanggup menerima kritikan dari mana-mana pihak jika tidak bersetuju akan luahan pemikiran kita. Namun sanggupkah anda menerima kritikan tersebut?
Menulis dan bercakap memang senang tapi apabila terkena hidung sendiri tentangan seseorang individu akan pendapat kamu. Maka baru kamu terasa amat pedih hendak ditelan. Pendirian yang anda uar-uarkan lebur dicengkam kepedihan hati. Sikap yang biasa dilakukan ialah serta merta memadamkan komen blogger tu dan sudah tentu anda tidak publishkan dalam blog anda.
Kerana pendapatnya tidak seiring dengan pendapat anda dan telah melukakan hati anda yang sensitif.
Atau anda akan publishkan dalam blog anda kerana memikirkan ianya adalah pendapat yang patut dikongsi bersama.
Kerana anda berfikiran pada amnya blog dan pendapat anda dan pendapat pihak lain adalah milik orang ramai. Bukan milik anda seorang sahaja.
Anda tidak berhak untuk memadamkan pendapat mereka.
Atau anda sudah terbiasa menerima pujian setiap kali publishkan entri hingga tak sanggup menerima apa-apa kritikan kerana sebelum ini anda sudah biasa terbuai dengan pujian dari rakan-rakan blogger.
Pujian yang sering diterima ": Entri yang menarik", "Good entri", " Saya setuju pendapat anda"
Tetapi apabila menerima kritikan : " Entri yang tiada isi", "Saya tidak setuju.....", "Post anda salah"
Bagaikan satu kejutan budaya dan serta merta anda memadamkan entri tersebut malahan jika penulis ada meninggalkan URL nya anda akan pergi ke URL beliau dan menkritik blogger tersebut dengan menggunakan nama anonim!!!
Dan si pengomel blogwalking adakah setiap kali anda membaca post seseorang tetapi anda amat tidak bersetuju namun tetap memuji entrinya yang terbaik. Kerana tak mahu mencari musuh dan kehilangan rakan blogger dalam usaha anda mendapat Page Rank yang baik. Anda sanggup menjadi lalang yang mengikut alunan angin bagaikan patung.
Atau anda benar-benar mahu menjaga perasaan blogger tersebut hingga tidak mahu menyangkal pendapatnya yang salah. Anda sanggup membakar diri ini untuk menjaga hatinya.!!!
Anda benar-benar seorang yang baik....Bagus?
Atau sebagai pengomel anda akan menkritik pendapat beliau ( jika salah) dengan tujuan ingin membetulkan pendapatnya yang salah agar ia tidak melakukan kesalahan yang berulang kali. Dan juga berharap beliau akan belajar membetulkan kesilapannya sekaligus memperolehi ilmu.
Anda berada dimana sebagai blogger dan pengomel ?
Tepuk Dada Tanya Selera!!!
3 Ulasan
ada penyakit xbopa ajin skit 2,3menjak ni... hehe (^___^)