Ini adalah entri sentap lagi!!
Hari ini adalah hari aku blogwalking dan kalau boleh nak blogwalking semua blog dalam bloglist aku.
Dan biasanya aku blogwalking pada blogger yang updated blog sahaja. Melebihi satu minggu aku dah tak jengah dah sebab dah baca post mereka....
Dan sejak kebelakangan ini aku menghadapi blogger-blogger yang memang malas nak updated blog mereka.
Kalau nak kira sudah 3 kali aku kemas kini bloglist aku dengan membuang blog-blog yang tak updated blog.
Jumlahnya bukan sedikit, ada ketika aku blogwalking tak sampai 2 jam, dah katam semua bloglist aku daripada beratus-ratus jumlah blog dalam bloglist aku!!
Maksud aku bukan tak updated 1 bulan tapi melebihi 5 minggu berturut-turut!!!!
Kalau satu bulan tu aku masih boleh terima lagi, kalau 2 bulan memang sah-sah dia dah hilang dari dunia blogging..
Kalau bloglist aku dah mula susut mula ler aku menyibuk join segmen untuk kumpul rakan-rakan blogger yang baru.
Atau aku pergi ke mana-mana laman web ping dan jengah semua blog dan kata" Salam kenal, I follow U'..hehehehehe.
Lepas tu aku request exchange bloglist...
Tu ler kerja aku setiap 2 bulan sebab nak menambahkan bloglist aku..
Hari ini aku nak pergi semua blog yang tak tak updated bawah 1 bulan dan aku nak sound " Lama Tak Updated Blog"..
Memang dah lama aku nak buat benda ni tapi risau kecik hati pula blogger-blogger ini...
Aku rasa dia orang tak kecik hati kot sebab aku bukan maki dia orang !!!
Tapi tujuan aku yang sangat murni untuk ingatkan mereka kalau terbuka blog mereka...ohh!!! ada budak ini sound aku ler...
Dan aku memang faham menjadi blogger ini masalah utama ialah masa..masa...dan idea. Apatah lagi bila kita dah ada tanggungjawab!!!
Tapi kalau benar-benar tak nak berblogging maka umumkan dalam entri kau dan kemudian removed URL blog kau.
Kalau anda benar-benar sibuk , buat entri dan beritahu sekarang anda tengah sibuk , mungkin tak updated..ramai blogger yang bagus-bagus buat macam ni.
So kita faham ler dan anda juga terselamat terkeluar dari bloglist mereka.
Bukan senang nak minta orang masukkan blog anda dalam bloglist mereka. Aku tahu ler..sebab aku pernah buat kempen tukar bloglist. Leceh beb!!
Kalau dah termasuk dalam bloglist meaning mereka suka pada anda dan updated ler blog kau orang dari masa ke semasa.
Lepas tu kau bising Nuffnang lama tak kasi BE..padahal kau tak updated blog !!..hahahahaha.
19 Ulasan
Kadang2 kita miss loook..ler...
Al-kisah malam ni saya masukkan..!!
saya nk ikut jejak juga lah, mrk yg dh 2 bulan tak update blog. maka keluarkan dr bloglist.
Sentiasa cari masa utk update walaupun entrinya ringkas...sebab setiap peristiwa yg dilalui setiap hr akan menjadi sejarah bg hr esoknya...itu yg perlu update untuk dikenang pd masa2 mendatang!
Salam sukses buat U sahabat.....
http://ajamoppical.blogspot.com/2012/06/segmen-follow-weekend-bersama.html