China akui paksa wanita gugur kandungan

China akui paksa wanita gugur kandungan

Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet.
Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.

Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.
Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.

Sumber berkata, Feng dan suaminya membantah pengguguran itu

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
terkejut juga dngr berita ni. tak patut sngt buat mcm tu.