Inventory Dan Website Sekolah Anak Aku

Inventory Dan Website Sekolah Anak Aku

hanif

Entri yang pelbagai  hari ini...
Memang sekarang ni agak sibuk sebab hujung bulan June ini ada fizikal Inventory. Maksud fizikal inventory ialah asset kepunyaan syarikat akan diperiksa samada hilang atau tidak. Kalau barang hilang dan ada alasan yang kukuh  dan melalui prosuder yang betul..maka selamatlah anda.
Tapi kalau kuantiti kat stok ada 150 tapi yang sebenar-benarnya ada 75. Menjawab ler kau!!! Mana hilang 75 lagi!!!
So aku bahagian production so sekarang ini tengah sibuk memeriksa bahan-bahan mentah production aku.
Kerja yang leceh dan memenatkan sekiranya ada masalah dan sememangnya  mesti ada masalah...hehehehehehe.
Tu sebab majikan ambil kita bekerja untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau tiada masalah..apa guna kita kat sini.... Betul tak?

Dalam sibuk sempat gak aku menjengah website sekolah anak tu. Sebenarnya aku terperasan website anak sekolah aku kat kepala surat sekolah anak aku. Dah lama nak jenguk tapi asik terlupa ajer.
So tadi aku ambil kesemptan menjenguk website sekolah anak aku.
Dari segi layout..so..so..so ajer... simple sangat...
Dari segi entri aku lihat agak aktif juga orang yang diamanahkan menjaga website sekolah ini.
Ada sahaja berita terbaru dari sekolah tersebut dimuatkan dalam website ini.

Sehinggalah kisah hari sukan yang di adakan baru-baru ini yang menyebabkan kotor bebenau baju anak aku dibuatnya...hehehehehe.
Aku cari gak kalau anak perempuan aku terselit tengah berlari 100 meter. Tak der pun...
Mungkin umur lain kot..anak aku darjah 3 mungkin belum aktif lagi..
Terbaru aku lihat ialah hari perpisahan Guru Sekolah anak aku..sedih gak aku lihat tapi adegan nangis-nangis tak ada lak..hahahhaha.

Loading time memang cukup laju dan tidak memberatkan, walau pun ada banyak gambar dalam website ini.
Gambar yang diambil mesti pakai kamera digital biasa bukannya DLSR.
Kalau DLSR mesti terang kot gambar tu...ni macam kelam-kelam sikit ajer aku tengok...kekekekeke.

Aku tak kutuk website sekolah anak ni. Dah namanya website Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda Melaka bukannya blog persendirian di mana kau boleh letak gambar rama-rama, gambar kucing, gambar kau dan macam-macam lagi ler. Website sebegini kena profesional itulah pikiran aku pertama kali melihat website sekolah anak aku ni....

Yang bestnya ada kolum follower dan shout box. So aku pun join jadi follower dan aku tulis kat shout box "salam kenal"..hehehehehe.
Tapi aku tak introduce bahawa anak aku ada sekolah kat sana.
Kang tak pasal-pasal anak aku jadi glamor kang..(perasan!!!)

Walau apapun aku tabik kat pentadbiran sekolah anak aku yang mampu ujudkan laman sesawang mereka sendiri. Yang penting usaha!!!
Aku kutuk sebab memang sikap aku suka mengumpat dan mengutuk....hahahahahaha.
Tapi aku kagum kerana guru-guru dan ahli pentadbiran yang lain rajin memperkenalkan sekolah mereka walaupun benda ini bukan dalam skop kerja mereka.
Teruskan wahai para guru Sekolah Datuk Haji Baginda Melaka.

Kalau kau orang rajin boleh ler follow sekolah ini...alah untuk suka-suka..kasi happy dan senyum tukang jaga website ini...hehehehehe.
Macam kau orang kalau kena follow ...suka kan?
Terima kasih membaca entri aku ni ...

Dalam sibuk sempat buka website sekolah anak aku dan sempat buat entri..Sibuk sangat ke Nip?

Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
Bagus bagus abah yang prihatin, aku pun nak try google la website sekolah lama aku ..
THE AUTHOR berkata…
Tak juga Zaharin.... asik kena kencing ngan anak aku jer..
Mana tahu kalau tengok website sekolah ini dapat apa-apa maklumat...heheheheh