IPO FGV Terbesar Selepas Facebook

IPO FGV Terbesar Selepas Facebook

FGV
Wah!!! kerajaan sekarang dah ada modal pusingan yang cukup besar untuk menjalankan projek-projek.
Apatah lagi pilihanaraya semakin dekat , sudah tentu memerlukan wang untuk disuntik kepada bahagian-bahagian sebagai pemangkin bekerja keras selepas ini.
Manakala Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad  pula mempunyai modal yang cukup besar untuk "membangunkan" Felda agar lebih ampuh dan kukuh sebagai syarikat terkaya di Malaysia.
Sudah tentu penduduk Felda akan mendapat limpahan rezeki yang tidak ternilai sejajar suntikan pengrusan cekap Pengerusi Felda nanti.
Tahniah kepada kerajaan kerana sentiasa ke hadapan dalam memastikan rakyat terus menikmati limpahan rezeki yang dikurniakan.
Tadi pun ada baca Petronas suku pertama  tahun ini dapat untung RM75.2 billion!!!
Dan sudah tentu penjawat awa keselutruhannya akan mendapat habuan dari kemasukkan wang yang terlalu "banyak".
Tahniah!!! Tahniah!! Tahniah!!!
Sila baca lebih lanjut tentang FGV dibawah..

TAWARAN awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia 28 Jun ini akan melakar sejarah sebagai IPO kedua terbesar di dunia bagi 2012 setakat ini selepas facebook dan terbesar di Asia.
Prospektus bagi IPO itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi IPO itu, FGV akan menawarkan sehingga 2.19 bilion saham biasa kepada pelabur Malaysia dan institusi asing, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta pelabur runcit.

Sebanyak 2.3 bilion saham yang mewakili 63 peratus modal saham syarikat yang diperbesar sebanyak 3.65 bilion saham ditawarkan iaitu membabitkan 1.3 bilion menerusi tawaran jualan oleh Felda dan 980 juta menerusi terbitan awam oleh syarikat.

Bahagian runcit IPO yang mengandungi 273.61 juta saham berharga kurang RM4.55 dan 98 peratus harga tawaran institusi, yang mana lebih rendah.

Penawaran berkenaan dijangka akan mengumpulkan kira-kira RM10.5 bilion untuk FGV dan Felda, sekali gus memberikan FGV permodalan pasaran melebihi RM16 bilion.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Sabri Ahmad berkata, sebahagian daripada proses IPO itu dijangka digunakan untuk perbelanjaan modal bagi meningkatkan kecekapan dan seterusnya meningkatkan keupayaan, pengambilalihan ladang, peluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja lain.

“Penyenaraian ini satu kejayaan Felda dalam usaha mengubah syarikat daripada juara Malaysia kepada konglomerat serantau utama serta perniagaan multinasional,” katanya.

Beliau berkata, Felda akan turut menggunakan keuntungan diperoleh untuk pengambilalihan berpotensi bank tanah tambahan di Asia Tenggara dan Afrika untuk penanaman semula kelapa sawit dan getah menjelang 2015.

“Selain itu, Felda akan memperluaskan aktiviti hilirannya bagi meningkatkan nilai produk huluan. Ini termasuk pengambilalihan dan pelaburan seterusnya dalam aset penapisan, kemudahan pukal dan kilang pembungkusan pengguna.

“Pada masa sama FGV akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan dan penyelidikan huluan dan hiliran bagi mengekalkan kelestarian perniagaan,” katanya

Catat Ulasan

0 Ulasan