Iran mengambil langkah awal dengan mencipta kapal selam pertama berkuasa nuklear, menurut Timbalan Komander tentera laut negara itu, kelmarin.
Abbas Zamini berkata, setiap negara mempunyai hak menggunakan tenaga nuklear secara aman termasuk untuk sistem pendorongan kapal mereka.
"Kami memerlukan kuasa nuklear untuk mendorong sistem tersebut bagi merealisasikan operasi jarak jauh," katanya.
Difahamkan,Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Britain dan China turut mempunyai kapal selam menggunakan kuasa nuklear dan kini, India sedang membangunkan model sama.
0 Ulasan