Hari Sabtu yang lalu aku tengok wayang M.I.B 3 sama keluarga. Setiap kali aku tengok wayang mesti ada perkara lucu. Tempoh hari pasal kerusi tercabut..Semalam aku ngan isteri aku terlewat masuk panggung. Bini aku dah pot..pet..( seterusnya).
kelam kabut ler aku ngan bini aku nak masuk panggung. Anak-anak aku dah masuk sama adik ipar aku. Aku terlambat sebab tiba-tiba nak buang air kecil, dari tadi tunggu nak dekat 40 minit tak nak lak buat hal. Lagi 10 minit nak masuk panggung, pundi kencing buat hal pulak. Tu yang terlambat..
So dengan gaya tergesa-gesa kami pun masuk ler...masuk ajer wayang dah start. Bini aku dah pot pet lagi..kata wayang dah start pasal kelewatan aku . Aku macam biasa buat dono ajer..hehehhehe.
Cari ler tempat duduk..tengok tempat duduk dah ada orang, aku tengok kat skrin tu..ada tulis subtitles tapi bukan M.I.B 3 tapi macam cerita Snow White...
Aku pun ajak bini aku keluar dan ketawa sebab salah masuk Hall. Sepatutnya Hall 4 aku kena masuk tapi aku masuk Hall 2..kekekeke. Akhirnya kami selamat tiba ke panggung yang benar dan cerita belum start lagi...ehhehehe.
Okey!! untuk cerita M.I.B 3 ni aku kasi ranking 6/10.Boleh tahan juga tapi kalau nak bandingkan episod 1 dan 2 ianya kurang sikit ler. Sebab pergaduhannya agak kurang dan banyak bercakap. Lawak tetap lawak.
Cerita kisah Ejen J pergi ke zaman 1969 kerana ejen K telah mati dibunuh pada zaman itu disebabkan time travel penjahat pada zaman sekarang.
Misi ejen J ialah membunuh Boris si Binatang ( makhluk asing) yang akan membunuh ejen K.
Rupanya ejen K memang mengenali ejen J kerana bapa ejen J telah dibunuh dihadapan ejen K pada masa itu.
Pening baca sinopsis ini kan ...so anda kena tengok ler sendiri...
Memang puas tengok cerita ini..best!!!!
13 Ulasan
but - iols tak berapa gemar citer2 MIB
walopon suker gak tengok will smith berlakon
mcm tak gempak jer...
aku suka..
even aku dh lupa siri MIB 1 n 2,
tapi still enjoy...
terbaik..
aku tgk kt dataran pahlawan... huhuhu :)